Selepas beberapa tahun penantian akhirnya Nintendo kembali dengan konsol permainan video terbaru iaitu Nintendo Switch. Nintendo Switch telah dipamerkan pada bulan Oktober tahun lepas dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac 2017. Dalam 2 minggu sahaja lagi. Selepas pelancaran Wii U pada 2012 yang dilihat gagal, Nintendo kali ini mengetengahkan sebuah konsol kompak…
Permainan Dari Sony Ini Mampu Menarik Minat Kanak-Kanak Mempelajari Pengaturcaraan
Di era yang serba canggih, kanak-kanak juga tidak terlepas dari mengalaminya. Pelbagai mainan direka untuk kanak-kanak zaman moden ini. Sony kini berjaya menghasilkan sebuah permainan mirip seperti ‘lego’. Dilengkapi dengan sensor dan penggerak, ia mampu “dihidupkan” oleh kanak-kanak melalui arahan komputer. Kanak-kanak boleh mencipta pelbagai bentuk seperti dinasour, kereta dan seterusnya menyambungkan ia ke komputer….
Telefon Pintar Samsung Paling Laris Di Malaysia
Sebut sahaja nama Samsung, pasti ramai yang mengenali jenama tersebut tanpa mengira peringkat umur hatta kanak-kanak kecil sekalipun. Walaupun mengeluarkan pelbagai alatan elektronik yang lain, itu bukanlah sebab untuk Samsung ketinggalan dalam persaingan menghasilkan telefon pintar. Memetik berita dari laman Marketing-interactive.com, Samsung merupakan jenama telefon pintar paling laris dijual dalam pasaran Malaysia. Ini berikutan dari…
Samsung Bakal Mempamerkan Projek Realiti Maya Dan Realiti Tambahan Pada MWC Bulan Ini
Teknologi realiti maya dan realiti tambahan semakin hangat dibangunkan. Jika dilihat, hampir kesemua syarikat-syarikat pengeluar peranti elektronik terkemuka dunia membangunkan peranti yang dilengkapi dengan teknologi berkenaan. Terbaru, Samsung diberitakan akan mempertontonkan empat peranti realiti maya dan tambahan pada Mobile World Congress yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. Peranti tersebut merupakan hasil yang dibangunkan dari program…
YouTube Bakal Buang Iklan Berdurasi 30 Saat, Diganti Dengan Lebih Pendek
Jika anda selalu menonton video menggunakan YouTube, pasti anda akan “dipaksa” untuk menonton iklan yang ditayangkan pada permulaan video. Anda perlu menunggu lebih kurang 5 saat untuk melangkau iklan dengan menekan butang ‘skip ad’, tetapi bagaimana pula jika butang tersebut tidak muncul-muncul? Ya, 30 saat anda akan dihabiskan untuk menonton iklan permainan melawan naga, model…
Apple Beli Syarikat Pengecaman Wajah Dari Israel
Apple dilaporkan sudah melengkapkan pembelian sebuah syarikat start-up dari Israel, dikenali sebagai RealFace. RealFace merupakan sebuah firma yang membangunkan perisian berasaskan pengecaman wajah. Mula diasaskan pada 2014 oleh Adi Eckhouse Barzilai dan Aviv Mader, syarikat tersebut mula memperkenalkan aplikasi pertama dikenali sebagai Pickeez. Menurut Times of Israel, Apple dipercayai mengambil alih RealFace pada harga 2…
