Selepas pelancaran Wii U pada 2012 yang dilihat gagal, Nintendo kali ini mengetengahkan sebuah konsol kompak dengan rekaan lebih kemas. Nintendo Switch merupakan konsol hibrid yang membenarkan permainan di televisyen dengan menggunakan penyambungan HDMI atau bermain terus di unit itu sendiri menggunakan paparan skrin terbina.
Berbeza dengan Wii U yang memiliki skrin dibina secara kekal bersama alat kawalan, Nintendo Switch menampilkan alat kawalan yang digelar sebagai 'Joy-Cons' dimana ianya boleh dijadikan sebagai dua alat kawalan individu yang berbeza. Apabila anda bermain dalam handheld mode, sistem akan mengunci pemproses pada 720p untuk menjimatkan bateri.
Antara barisan permainan yang telah disahkan membuat debut mereka menjelang hari pelancaran Nintendo Switch adalah seperti The Legend of Zelda: Breath of the Wild, 1-2-Switch, Super Bomberman R, Just Dance 2017, Skylanders Imaginators dan I Am Setsuna. Beberapa lagi permainan lain seperti FIFA 18 juga akan hadir selepas pelancaran. Nintendo juga menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 50 syarikat dan lebih 80 permainan yang bakal dihasilkan untuk konsol ini.
Nintendo Switch mempunyai hanya 32GB memori dalaman, yang sebahagiannya dikhaskan untuk kegunaan sistem. Anda perlu menambah memori dengan membeli kad microSDXC secara berasingan. Jika dilihat saiz permainan seperti Mario Kart 8 Deluxe sebesar 7GB dan Breath of Wild bersaiz 13.4GB, ternyata memori dalaman yang ditawarkan tidak mencukupi.
Nintendo ketika ini masih tidak mengeluarkan sebarang info secara khusus tentang keupayaan pemprosesan Switch ini. Namun berdasarkan video permainan Mario Kart 8 Deluxe dari pihak mereka sendiri, kami pasti konsol ini akan lebih berkuasa berbanding Wii U walaupun secara amnya sistem konsol Nintendo ini tidaklah sehebat Xbox One dan PS4.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=f5uik5fgIaI[/embed]
Berkaitan
- 6 Telefon Pintar Berkuasa Tinggi Dengan Harga Termurah 2018(Setakat Ini)
- Ini 5 Alasan Mengapa Kami Memilih HONOR View20 Sebagai Flagship Yang Berbaloi Untuk Dimiliki
- Donald Trump Menarik Semula Sekatan Terhadap Huawei - Kerjasama Diteruskan
- Honor Malaysia Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM 298 Dengan Setiap Pembelian Honor 10 Bermula Hari Ini
- Syarikat Milik Geely, Volvo Bakal Membina Kereta Elektrik Sepenuhnya Bermula 2019
- Memang Gempak, Ini Tips Kami Untuk Guna Kamera Samsung Galaxy S10
- Inilah Telefon Android Dengan Rakaman Video Terbaik
- Antara Sebab Kenapa Telefon Android Lebih Hebat Dari iPhone
- Maxis Menawarkan Huawei P9 Dengan Hanya RM1
- LG V40 ThinQ Dengan Lima Kamera Kini Rasmi, Hadir Dengan Sijil IP68