Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Ubah Saiz Imej Sesuai Mengikut Platform Media Sosial

Cara Ubah Saiz Imej Sesuai Mengikut Platform Media Sosial

Diterbitkan Januari 24, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pengguna semakin lama semakin kreatif dalam menghasilkan gambar untuk dikongsikan ke platform media sosial. Ataupun anda berniaga dan mahukan paparan terbaik imej produk. Namun, kadang-kala saiz gambar sedikit membantutkan paparan imej tersebut.

Kebanyakkan daripada kita juga kurang memahami saiz optimum untuk setiap saluran media sosial. Banyak laman yang menawarkan khidmat ubah saiz gambar dan salah satunya adalah Promo.

Pengguna boleh meletakkan imej, pilih saiz yang sesuai mengikut platform media sosial. Setelah selesai ubah saiz, pengguna hanya perlu muat turut dan kongsikannya. Ia mudah kerana kita mampu mendapatkan saiz yang bersesuaian mengikut saluran media sosial serta ia adalah percuma.

Sembilan media sosial dengan saiz terbaik yang disediakan adalah Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, Pinterest, LinkedIn, Snapchat, Emel dan Blog dan terakhir sekali Google Display Network.

Screenshot 2019-01-24 at 10.24.07 AM

1. Letakkan imej secara drag and drop atau navigasi dalam fail, atau import dari pautan URL.

2. Pilih platform media sosial yang dikehendaki.

Screenshot 2019-01-24 at 10.24.32 AM 3. Contohnya jika anda pilih Instagram, terdapat pilihan saiz yang sesuai digunakan untuk paparan media sosial itu. Anda juga boleh muat turun kesemua saiz dengan tekan butang Download All Images .

Mudah bukan? Hanya beberapa klik sahaja anda sudah dapat imej dengan saiz optimum untuk media sosial.

Kunjungi laman Promo

Sumber foto utama: Adobe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY