Permulaan yang indah ketika memperlihatkan Galaxy Fold pada Februari lalu, bertukar menjadi masalah yang akhirnya memaksa Samsung menunda tarikh penawaran peranti tersebut. Umum sudah maklum, Galaxy Fold sebelum ini dilaporkan mengalami masalah berhubung kait dengan skrin paparan boleh lipatnya itu. Ia berpunca apabila pengguna membuka satu lapisan pada skrin yang disangka sebagai pelindung skrin biasa….
Windows 10 Insider 18898: Task Manager Akan Papar Jenis Cakera Keras Yang Digunakan Komputer
Windows 10 Insider Preview Build 18898 telah dilepaskan untuk pengguna Fast Ring, dimana ia terkandung dengan ciri baru pada bahagian Task Manager. Pada ruang ‘Performance’ di Task Manager bagi versi ini, ia akan menunjukkan jenis hard disk yang dipasang pada komputer anda. Sebagai contoh, jika komputer anda memiliki SSD, Task Manager akan memaparkan “SSD” pada ruang tersebut….
ASUS ZenFone 6 Dikatakan Mempunyai Dwi-Kamera ‘Flip-Up’
Bermula dari awal tahun hinggalah sekarang, pasaran telefon pintar sudah dihidangkan dengan pelbagai teknologi serta rekaan menarik. Asus juga dilihat tidak ketinggalan dalam persaingan ini dimana, imej dipercayai model ZenFone 6 telah dikongsikan dimedia sosial. Berdasarkan ciapan Roland Quandt, model utama dari Asus kali ini bakal dilengkapi dengan sistem kamera ‘flip-up’. Jika diperhatikan pada imej,…
Google Tarik Semula Peranti Keselamatan ‘Titan Security Key’ Atas Sebab Ia Boleh Digodam
Pepijat pada peranti tersebut membolehkan penggodam menyerang dan mengakses data penggunanya dalam jarak 30 kaki. Google hari ini telah mengisukan penarikan semula peranti keselamatan ‘Titan Security Key‘ daripada para penggunanya berikutan isu kelemahan ciri keselamatan yang ada pada peranti tersebut. Menurut Google, peranti yang menggunakan teknologi sambungan Bluetooth Low Energy (BLE) ini didapati protokol sambungannya telah…
Huawei Sanggup Menandatangani ‘Perjanjian Tiada Intipan’ Dengan Kerajaan Negara-Negara Lain
Ia bagi membolehkan pemasangan teknologi rangkaian 5G Huawei di negara-negara tersebut. Huawei, syarikat penyedia perkakasan komunikasi terbesar dunia dari China kini sanggup untuk menandatangani ‘perjanjian tiada intipan’ bersama beberapa negara seperti United Kingdom demi mendapatkan kepercayaan daripada kerajaan negara tersebut. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pengerusi Huawei pada persidangan perniagaan yang berlangsung di London baru-baru ini….
DJI Perkenalkan Produk Terbaru Kamera Aksi Osmo Action
Osmo bakal menyaingi kamera aksi GoPro. Syarikat pengeluar dron terkemuka dari China, DJI hari ini telah perkenalkan produk terbaru mereka iaitu kamera aksi Osmo Action. DJI mengungkapkan produk terbaru mereka ini sebagai sebuah kamera aksi tahan lasak, canggih dan bakal membuka lembaran baru dunia kreativiti kepada para pengguna profesional mahupun peminat aktiviti sukan lasak. Osmo adalah…
