Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Terbaru Intel Ini Memudahkan Penggunanya Melakukan ‘Overclock’ Pada Cip Pemprosesan Intel Generasi Ke-9

Aplikasi Terbaru Intel Ini Memudahkan Penggunanya Melakukan ‘Overclock’ Pada Cip Pemprosesan Intel Generasi Ke-9

Diterbitkan Jun 20, 2019 oleh ariff bukhari

‘Overclock‘ kini hanya dihujung jari anda.

Bagi peminat permainan komputer dan mereka yang suka melakukan pengubahsuaian terhadap limitasi cip pemprosesan komputer mereka, istilah ‘overclock‘ bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka.

Walaubagaimanapun, berlaku juga kes seperti pengguna  secara tidak sengaja telah merosakkan cip pemprosesan komputer mereka kerana telah melakukan pengubahsuaian berlebihan ataupun salah tetapan dalam melaksanakan proses overclock tersebut.

Tetapi insiden malang seperti itu mungkin tidak lagi akan berlaku dengan adanya aplikasi khas yang dibangunkan Intel ini yang dapat memudahkan pengguna mereka untuk meningkatkan limitasi yang ada pada cip pemprosesan Intel.

Aplikasi Intel Performance Maximizer (IPM) merupakan sebuah inovasi Intel yang dilengkapi ciri pintar automatik bagi memudahkan pengguna cip Intel membuat proses overclock pada cip pemprosesan komputer utama mereka.

Aplikasi ini boleh digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 10 x64 Edition Versi 1809 (Kemas kini October 2018) atau terbaru. Ia beserta dengan perkakasan kapasiti RAM 8GB atau lebih serta saiz ruang storan 16GB (non-removable GPT drive)

Model cip pemprosesan Intel yang menyokong aplikasi ini pula adalah seperti berikut:-

Aplikasi Terbaru Intel Ini Memudahkan Penggunanya Melakukan ‘Overclock’ Pada Cip Pemprosesan Intel Generasi Ke-9
Kredit: Intel

Aplikasi Intel Performance Maximizer (IPM) ini sudah boleh dimuat turun secara percuma dari laman rasmi Intel.

Bagi anda yang berasa  risau terhadap kemungkinan yang boleh menyebabkan kerosakan kepada cip pemprosesan Intel tersebut ketika sedang membuat proses ‘overclocking’ pula, Intel ada menawarkan jaminan menerusi Performance Tuning Protection Plan pada setiap model cip pemprosesan Intel tersebut yang berharga USD19.99.

Jadi, sekiranya berlaku sebarang masalah sehingga merosakkan cip pemprosesan Intel tersebut, ia dilindungi di bawah pelan itu di mana pihak Intel akan menggantikan cip pemprosesan yang rosak itu dan diganti dengan yang baru. Untuk info lanjut tentang pelan perlindungan yang ditawarkan Intel ini, sila layari laman muka Intel Tuning Plan FAQ.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY