Sekitar seminggu yang lepas, ura-ura mengatakan vivo siri APEX 2020 bakal hadir dengan Super FlashCharge 120W dimana peranti itu boleh penuh dalam masa 13 minit sahaja. Kini terdapat satu ciapan mengatakan bahawa siri APEX 2020 ini mempunyai keupayaan 5-7.5X zoom optikal dan 48MP kamera gimbal. Dengan keupayaan 5-7.5X zoom optikal, gambar yang diambil dapat rakaman…
Penggunaan Ciri Sekatan Iklan Di Telefon Pintar Semakin Meningkat
Sepanjang tahun 2019 yang lalu, penggunaan ciri penyekat iklan di telefon pintar semakin meningkat sepertimana yang dilaporkan oleh Blockthrough. Menurut firm pengiklanan tersebut, sekatan iklan pada peranti mudah alih telah mencecah 527 juta. Ia merupakan peningkatan sebanyak 64% berbanding tahun 2016 yang hanya merekodkan 309 juta penggunaan. Kajian bertajuk “2020 Adblock Report” itu menyatakan peningkatan…
Huawei P30 Pro Dijual Serendah RM2.14 Sempena Promosi Hari Valentine
Huawei Malaysia akan membuat jualan promosi kilat bersempena Hari Valentine tidak lama lagi. Promosi ini berlangsung bermula dari 12 Februari sehingga 14 Februari ini. Terdapat beberapa peranti yang dijual tetapi yang paling menarik adalah Huawei P30 Pro yang dijual dalam unit terhad pada harga RM2.14. Selain itu, terdapat juga peranti lain seperti Nova 5T, Mate…
Dengan RAM 1.5TB, Berapa Banyak Tab Google Chrome Boleh Dibuka?
Pengguna Google Chrome pastinya sudah maklum pelayar web berkenaan rakus dalam meratah memori RAM peranti. Segelintir daripada kita mungkin sudah mengeluh bila melihat penggunaan RAM yang tinggi ketika hanya membuka 5 tab pada Chrome. Bayangkan pula jika anda membuka lebih tab pada satu-satu masa. Berapa besar kapasiti RAM dan berapa banyak tab yang boleh dibuka?…
Sambut Ulangtahun Ke-15, Google Maps Kemaskini Logo Dan Ciri-Ciri Baru
Google Maps pertama kali dilancarkan pada 2005 dan kini berusia 15tahun. Dengan lebih 1 juta pengguna, Google Maps menyambut ulangtahun perkhidmatannya dengan wajah dan ciri-ciri baru yang mungkin lebih berguna. Bermula 6 Februari, anda akan melihat kemaskini dari aplikasi Google Maps bagi kedua-dua platform Android dan iOS. Kemaskini logo Perubahan terbesar adalah kemaskini logo baru…
Tips Beli Kabel Berkualiti Untuk Mengelakkan Peranti Mudah Rosak
Mengapa perlu membeli kabel yang berkualiti berbanding kabel yang lebih murah? Bagi anda yang belum tahu, penggunaan kabel adalah berkait dengan pemindahan kuasa (power transmission) di mana ia sangat penting bagi mengelakkan peranti anda mudah rosak dan tahan lebih lama. Mungkin juga ada yang tidak kisah mengenai perkara ini. Namun, bagi pengguna yang memiliki peranti…
