Siri Redmi K30 telah pun dilancarkan semalam menggantikan siri K20 sebelum ini. Antara kekuatan siri K flagship oleh Redmi ini adalah ia menyertakan spesifikasi yang tinggi pada harga mampu milik. Dengan harga jualan siri Redmi K30 yang boleh dikatakan rendah untuk peranti Snapdragon 865 berbanding pesaing, dijangka siri ini akan menjadi model popular sama seperti…
Wiko View 4 Lite Ditawarkan Pada Harga RM 337 Sempena Ulang Tahun Lazada
Pengeluar telefon pintar dari Perancis jenama Wiko telah memperkenalkan model terbaru darinya iaitu Wiko View 4 Lite pada dua minggu yang lepas. Peranti tersebut ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu RM 399. Kini, bersempena ulang tahun Lazada yang kelapan, Wiko menawarkan potongan harga pada model tersebut dengan RM 337 (jimat RM 62). Tawaran ini hanya…
Qualcomm Umum Senarai Awal Peranti Yang Akan Terima Kemaskini Pemacu GPU
Jika anda ingat lagi ketika pengenalan rasmi Snapdragon 865 Disember 2019 lepas, Qualcomm turut menjanjikan kemaskini pemacu GPU yang boleh dimuat turun hanya melalui Google Play Store. Jadi sekarang Qualcomm mula mengumumkan perkembangan fungsi ini dan telah mendedahkan senarai awal peranti yang akan mendapat kemaskini tersebut. Dengan kemaskini GPU ini, Qualcomm mendakwa ia boleh meningkatkan…
HONOR Raikan Ulang Tahun Lazada Dengan Tawaran Istimewa Pada 27 Mac Ini
Pada 27 Mac ini, Lazada bakal menyambut ulang tahunnya yang kelapan. Bersempena dengan itu, HONOR Malaysia turut mengadakan tawaran menarik yang bakal berlangsung selama sehari iaitu pada 27 Mac ini. Antara telefon pintar yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 47% adalah HONOR 20, HONOR 9X dan banyak lagi. Bagi anda yang berminat, anda boleh lawati…
Safari Sekat “Cookies” Pihak Ketiga Secara Default Melalui Kemaskini Terbaru
Melalui kiriman terbaru dari Webkit, Safari dalam macOS 10.15.4 serta iOS dan iPadOS 13.4 hadir dengan penambahbaikan kepada fungsi Intelligent Tracking Prevention (ITP) dimana ia membenarkan penyekatan cookies pihak ketiga sepenuhnya. Cookies bagi sumber cross-site disekat secara default dalam versi terbaru Safari, dimana ia adalah penambahbaikan yang ketara untuk privasi. Ini bermakna, secara default tiada pengiklan atau laman…
YouTube Bakal Mengurangkan Kualiti Video Secara Default Pada Bulan Hadapan
Sebagai usaha untuk melancarkan trafik internet sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19, YouTube dilapor bakal mengurangkan kualiti penstriman video di seluruh dunia bermula bulan hadapan. Tindakan ini diambil hanya seminggu selepas YouTube mengumumkan pengurangan kualiti penstriman video bagi pengguna Eropah. Secara default, video akan dimainkan dengan standard definisi iaitu pada resolusi 480p. Bagaimanapun, pengguna masih boleh memainkan…
