Vivo dalam diam-diam memperkenalkan satu lagi model kelas pertengahan yang dilihat merupakan alternatif lebih murah kepada Vivo V17 dalam pasaran Malaysia Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 665 bersama hanya pilihan RAM 8GB dan simpanan 128GB pada harga RM1,099. Tetapi anda boleh dapatkanya pada harga jauh lebih murah jika anda membeli set import dengan RAM4GB…
Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Boleh Ditanggalkan Mungkin Akan Kembali Lagi
Anda mungkin terkenang zaman dahulu, apabila telefon gagal berfungsi jalan paling mudah adalah dengan menanggalkan bateri keluar daripada peranti sebelum menghidupkannya semula. Tetapi kini tidak lagi kerana hampir kesemua telefon pintar yang berada dipasaran hadir dengan rekaan bateri tidak boleh ditanggalkan. Ada sebab mengapa pengeluar beralih kepada rekaan sedemikian rupa. Mahu tampilkan rekaan yang lebih…
OPPO Gandakan Usaha Untuk Membangunkan Cip Pemproses Tersendiri
Penawaran telefon pintar OPPO dipasaran mudah alih kesemuanya dikuasakan cip pemproses sama ada dari Qualcomm mahupun MediaTek. Tetapi pada masa hadapan, besar kemungkinan kita akan melihat peranti jenama ini akan dikuasakan oleh cip mereka yang tersendiri. Pertama kali kita mendengar mengenai perancangan OPPO membangunkan cip pemprosesan adalah sekitar November tahun lalu, dimana nama OPPO M1…
Sebelum Ini Gundam, Kini OPPO Perkenal Ace2 Edisi Khas Bertemakan Evangelion
OPPO Ace2 merupakan peranti kesinambungan kepada OPPO Reno Ace tahun lepas. Peranti ini telah dilancarkan di China dan masih belum lagi dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Sebelum ini OPPO sudah sedia menawarkan edisi khas Reno Ace bertemakan Gundam. Hari ini, OPPO telah memperkenalkan sebuah lagi peranti edisi khas, kali ini bertemakan animasi Evangelion untuk Ace2…
Digi Dan MDEC Kerjasama Tubuh Program Bantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Disebabkan Covid-19
Hari ini Digi dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah mengumumkan mengumumkan Program Digitalisasi Berterusan Perniagaan atau Business Continuity Digitalisation (BCD). Program ini disasarkan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disebabkan wabak pandemik Covid-19 ini. Sehubungan itu, program BCD ini akan menumpukan kepada persiapan PKS dengan pengetahuan tepat bagi merealisasikan manfaat dunia digital. Selain itu…
Black Shark 3 Versi Pro Akan Hadir Untuk Pasaran Tempatan 4 Jun Ini
Umum mengetahui Black Shark 3 sudah pun mula dijual secara rasmi di Malaysia sejak hujung April lalu. Namun untuk varian Black Shark 3 Pro, pelancarannya tidak disertakan seiring dengan Black Shark 3 biasa. Hari ini Black Shark Malaysia telah mengumumkan tarikh keramat pelancaran peranti ini untuk pasaran tempatan iaitu 4 Jun 2020 kelak. Menurut pihak…
