Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee (1)

Cara Uruskan Penghantaran Sendiri Tanpa Menggunakan Kurier Sedia Ada Melalui Shopee

Diterbitkan Jun 18, 2020 ยท Dikemas kini Jun 18, 2020 oleh Amalina Athman

Selain menggunakan perkhidmatan kurier sedia ada, mungkin masih ramai dalam kalangan peniaga yang tidak tahu cara menguruskan penghantaran sendiri atau menggunakan perkhidmatan penghantar (runner) melalui Shopee.

Sakinah MK melalui Twitter telah membuat perkongsian mengenai beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menguruskan penghantaran tanpa menggunakan kurier sedia ada. Sehingga artikel ini ditulis, bebenang itu telah menerima lebih 11 ribu ciapan semula dan 20.5 ribu tanda suka.

Ramai tak tau sebenarnya kat Shopee boleh je kalau kita nak uruskan delivery sendiri atau guna runner.

Xperlu guna courier biasa pun.

Takkanlah nak hantar kuih kaswi siap gaul kelapa ngan kuih seri muka durian guna poslaju, kan?

Kekekeke.

Jap. Ada ke nak belajar setting ni?

— Sakinah mK (@sakinahsaad_mk) June 17, 2020

Terlebih dahulu, anda perlu tahu 2.12% daripada hasil jualan akan ditolak di mana ia termasuk caj transaksi, dan bayaran akan dilepaskan kepada peniaga setelah pembeli menerima barangan yang ditempah.

Seterusnya, ikuti langkah di bawah:

Screenshot (566)

Pertama, log masuk perlu dilakukan melalui seller center di mana-mana pelayar. Dengan menggunakan ID dan kata laluan akaun Shopee sedia ada, kod pengesahan diperlukan bagi log masuk untuk kali pertama.

Screenshot (568)

Tanda pada syarat yang ditetapkan dan tekan “Accept”.

Screenshot (571)

Di bahagian kiri, pergi ke “My Shipping”. Jika “Shipping Fee Included” ditanda dan anda memilih untuk tidak menanggung kos penghantaran, buang tanda tersebut. Tandakan pada “Others (West/East)” mengikut lokasi tempat tinggal anda.

Perlu diingatkan “West” adalah Semenanjung Malaysia dan “East” adalah Sabah/Sarawak. Ramai yang masih keliru mengenai penggunaan perkataan ini.

Cara Uruskan Penghantaran Sendiri Tanpa Menggunakan Kurier Sedia Ada Melalui Shopee

Setelah tetapan penghantaran selesai, langkah seterusnya adalah memuat naik dan isi nama produk beserta kategori yang sesuai. Kemudian, isi semua maklumat yang diperlukan.

Cara Uruskan Penghantaran Sendiri Tanpa Menggunakan Kurier Sedia Ada Melalui Shopee

Di bahagian penghantaran produk, buang tanda pada semua jenis penghantaran yang tidak berkaitan dan tandakan pada “Others”.

Cara Uruskan Penghantaran Sendiri Tanpa Menggunakan Kurier Sedia Ada Melalui Shopee

Melaluinya, masukkan kos perkhidmatan penghantaran yang akan dikenakan kepada pelanggan. Anda juga boleh menentukan kos penghantaran tersebut. Akhir sekali, tekan “Save and Publish”.

Sumber: Twitter Sakinah mK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY