Bermula minggu ini, pelbagai perkhabaran mengenai pengecasan pantas silih berganti diperkatakan. OPPO telah mengesahkan akan memperkenal teknologi pengecasan 125W Super Flash Charge pada 15 Julai. Bagaimanapun, IQOO terlebih dahulu telah mengumumkan teknologi pengecasan 120W Super FlashCharge dalam satu acara pelancaran yang berlangsung semalam. Terbaru, realme melalui Weibo telah mengesahkan teknologi pengecasan pantas baharu akan diperkenal…
Panduan Jenis-jenis Basikal Terbaik Untuk Peminat Basikal
Sejak berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan beberapa bulan yang lalu, kita dapat melihat ramai individu mula menceburkan diri dalam aktiviti berbasikal tidak kira muda atau tua, lelaki mahupun perempuan. Namun, proses memilih basikal terbaik untuk memenuhi keperluan boleh menjadi tugas yang sukar. Sama ada anda hanya mahu berulang-alik, cergas atau hanya menjelajahi kawasan luar bandar, basikal…
Tronsmart Onyx Ace, TWS Dengan Kualiti Audio Setanding Harga
Tronsmart kini hadir dengan satu lagi penawaran fon telinga TWS iaitu Tronsmart Onyx Ace. Berikutan itu, kami telah menerima unit ulasan fon telinga ini dan di bawah adalah reaksi dan pendapat kami mengenai Onyx Ace. Buka Kotak Setelah kotak Tronsmart Onyx Ace dibuka, anda akan melihat beberapa kandungan di dalamnya. Antara yang disertakan dalam kotak…
OnePlus Buds Akan Diperkenal Bersama OnePlus Nord Pada 21 Julai
Ketika ini, pelbagai jenama telah mula menghasilkan fon telinga True Wireless Stereo (TWS). Terbaru, OnePlus telah mengesahkan akan memperkenal fon telinga TWS pertama mereka, OnePlus Buds bersama pelancaran OnePlus Nord pada 21 Julai ini. Perkhabaran mengenainya, fon telinga ini mungkin akan dilancarkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam. Namun, melalui video yang didedahkan…
TM Dan Digi Umum Kerjasama Untuk Perluaskan Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi
Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui cabang perniagaan global dan borongnya, TM Wholesale mengumumkan kerjasama dengan DigiĀ untuk menyediakan akses perkhidmatan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada lebih ramai pengguna. Menerusi kerjasama tersebut, TM akan menyediakan perkhidmatan rangkaian HSBB Layer 3 kepada Digi. Ia membolehkan penyedia perkhidmatan digital itu memperluaskan operasinya ke lebih banyak kawasan di…
Kabel Dasar Laut Voltan Tinggi Ke Langkawi Hampir Siap Dipasang
Projek dilancarkan pada Julai 2018 dahulu. Kabel dasar laut voltan tinggi yang menghubungkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Kuala Perlis dengan PMU Teluk Apau di pulau peranginan Langkawi kini sudah 98 peratus siap. Kabel dasar laut yang dibangunkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menghubungkan pulau peranginan itu dengan Grid Nasional. Projek merentang kabel dasar laut…
