Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme V5 Diperkenal Secara Rasmi – Dimensity 720, 90Hz, 48MP Kuad Kamera

realme V5 Diperkenal Secara Rasmi – Dimensity 720, 90Hz, 48MP Kuad Kamera

Diterbitkan Ogos 3, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 4, 2020 oleh Amalina Athman

realme hari ini secara rasmi telah melancarkan telefon pintar pertama dalam barisan siri V iaitu realme V5 dalam pasaran China.

007G2cosgy1gh8tm8boe5j34ao2f04qt (1)

realme V5 dilengkapi dengan paparan 6.5 inci dengan panel LCD. Hadir dengan resolusi FHD+, ia turut menyokong kadar segar semula 90Hz.

realme v5 dilancar

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, realme V5 hadir dengan janaan cip pemproses MediaTek Dimensity 720 dengan sambungan 5G. Dari segi memori, ia dimuatkan dengan konfigurasi 6GB+128GB dan 8GB+128GB. Untuk penambahan storan, peranti ini turut menyokong kad mikroSD sehingga 256GB.

Menjalankan antaramuka realmeUI yang berasaskan Android 10, realme V5 mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

realme v5_3

Peranti ini menggunakan tetapan kuad kamera yang terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP B&W dan 2MP makro. Pada bahagian hadapan peranti hadir dengan paparan berlubang yang memuatkan kamera swafoto 16MP.

realme v5 dilancar

realme V5 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Silver, Green dan Blue. Harga realme V5 ditetapkan berbeza mengikut konfigurasi memori iaitu 1499 yuan (~RM909) bagi RAM 6GB/128GB dan 1899 yuan (~RM1151) bagi RAM 8GB/128GB.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China dan mungkin hadir dalam pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
©2026 WISER.MY