Pada Mac lalu, Google telah mengumumkan acara tahunan terbesar iaitu Google I/O 2020 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19. Dengan pembatalan itu, lebih banyak kemaskini dan peranti baharu diumumkan melalui hantaran blog dan penstriman langsung. Kini, Google dijadualkan akan mengadakan acara Search On pada 15 Oktober ini. Menerusi acara yang akan diadakan secara penstriman langsung ini, Google…
Poster Rasmi Huawei Siri Mate 40 Perlihatkan Modul Kamera Segi Lapan
Huawei telah mengeluarkan poster rasmi Huawei siri Mate 40 bagi pelancarannya pada 22 Oktober ini. Pada poster tersebut diperlihatkan modul kamera dengan rekaan segi lapan (octagon). Ia menjadi peranti pertama yang menampilkan dengan rekaan sebegitu. Nampaknya peranti lain seperti dikhabarkan dalam barisan Mate 40 Pro, Mate 40 Pro+ dan Mate 40 RS Porche Design juga…
Cara Mengubah ‘Swipe Action’ Di Aplikasi Gmail (Android/iOS)
“Swipe gesture” sudah lama hadir pada peranti pintar dan digunakan secara meluas dalam beberapa aplikasi lain seperti Gmail. Fungsi ini bukan sahaja digunakan pada Gmail tetapi juga pada aplikasi seperti Whatsapp untuk mengkarkibkan sesuatu mesej. Tahukah anda bahawa fungsi “swipe gesture” ini boleh diubah mengikut kehendak pengguna. Ia boleh diubah pada peranti Android dan juga iOS….
Lenovo Legion Phone Duel Akan Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia 20 Oktober Ini
Lenovo hari ini mengumumkan bahawa peranti pintar gaming pertama mereka, Lenovo Legion Phone Duel akan dilancarkan buat pasaran Malaysia minggu hadapan iaitu pada 20 Oktober. Mengimbas kembali, peranti ini hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.59 inci bersama resolusi FHD+. Ia menyokong kadar segar semula 144Hz serta kadar input 240Hz. Dimuatkan dengan cip Snapdragon…
Semua Model iPhone Kini Tidak Lagi Disertakan Pengecas Dan Earpods Dalam Kotak Pembelian
Dalam acara yang berlangsung semalam, Apple telah mengumumkan empat model baharu iPhone 12. Melalui acara itu juga, Apple mengesahkan setiap model iPhone 12 hanya disertakan kepala pengecas USB-C ke Lightning dalam kotak pembelian. Kini, laman Apple memperlihatkan bukan hanya model baharu itu yang tidak akan disertakan pengecas dan Earpods dalam kotak pembelian. Malah, kesemua model…
Pengeluaran iPhone 11 Pro Dan Pro Max Dihentikan, iPhone 11 Kini Dijual Pada Harga Bermula RM2899
Apple melalui acara yang berlangsung sebentar tadi telah pun mengumumkan empat model terbaharu bagi iPhone 12. Kini, seiring dengan pengumuman itu, Apple secara rasmi telah menamatkan pengeluaran iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Namun, bagi anda yang ingin mendapatkan model iPhone pada tahun lalu, iPhone 11 masih boleh diperoleh dengan potongan harga kekal….
