Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Didakwa Mengintip Pengguna Instagram Melalui Kamera Swafoto

Ini Senarai Laman Sosial Yang Paling Banyak Mengumpul Data Peribadi Penggunanya

Diterbitkan Oktober 30, 2020 oleh ariff bukhari

Laman analisis yang berpangkalan di London, Clario telah mendedahkan senarai laman-laman sosial yang paling banyak mengumpul data peribadi penggunanya.

Pengumpulan data peribadi itu termasuklah alamat e-mel, nama, umur jantina, kaum, agama, pekerjaan, kesihatan, data perbankan, lokasi langsung dan banyak lagi.

Hasil kaji selidik Clario itu adalah terhadap 48 buah laman sosial yang paling popular di dunia ketika ini.

Untuk tangga pertama, Facebook didapati yang paling banyak mengumpul data penggunanya iaitu sebanyak 70.59% data. Untuk kedudukan seterusnya adalah tidak mengejutkan, laman Instagram yang dimiliki Facebook pula berada ditangga kedua dengan mengumpul sebanyak 58.82% data penggunanya.

Berikut adalah senarai penuh laman-laman sosial popular di dunia yang paling banyak mengumpul data penggunanya (mengikut turutan) menurut Clario:-

Ini Senarai Laman Sosial Yang Paling Banyak Mengumpul Data Peribadi Penggunanya
Sumber: Clario

Clario memperincikan, sebahagian besar keuntungan yang dijana oleh laman sosial seperti Facebook adalah menerusi paparan iklan.

Jadi, lebih banyak Facebook tahu tentang aktiviti dan data peribadi penggunanya, maka lebih banyaklah manipulasi data yang dapat digunakan mereka bagi mengaut untung.

“Ads are how Facebook makes the most of their money – around $16.6 billion to be precise, based on their 2018 reports – so the more they know about you, the more they can sell on.” Clario

Selain itu, Clario turut mendedahkan bahawa 93% syarikat sosial akan menyimpan alamat e-mel penggunanya.

Sungguhpun begitu banyak data dikumpul oleh laman-laman sosial tersebut, tetapi penggunaan data-data itu oleh syarikat-syarikat adalah masih tertakluk di bawah undang-undang GDPR (General Data Protection Regulation) yang diguna pakai oleh negara-negara yang berada di dalam Kesatuan Eropah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY