Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
intel logo

Intel Memperincikan Ciri-Ciri Baru Rocket Lake

Diterbitkan Oktober 30, 2020 · Dikemas kini Oktober 30, 2020 oleh ariff bukhari

Intel hari ini telah mendedahkan perincian spesifikasi dan keupayaan cip pemprosesan terbaru mereka iaitu Intel Core Generasi Ke-11 Rocket Lake-S.

Rocket Lake-S adalah kod nama bagi cip pemprosesan yang akan menguasakan komputer meja (desktop) yang direka untuk memberikan prestasi terbaik kepada komputer.

“…the 11th Gen Intel Core S-series desktop processors (code-named “Rocket Lake-S”) will bring even more performance to gamers and PC enthusiasts.” Intel.

Intel memaklumkan menerusi cip Intel Generasi Ke-11 ini, mereka memperkenalkan teknologi arkitektur cip pemprosesan terbaru yang dikenali sebagai ‘Cypress Cove‘.

Intel menyatakan bahawa ‘Cypress Cove‘ direka bagi meningkatkan lagi prestasi dan kecekapan antara perkakasan dan perisian komputer khususnya terhadap kuasa grafik komputer yang dijana dari cip Intel.

Bagi peminat komputer yang suka melakukan modifikasi prestasi pada cip pemprosesan (overclocking) pula, Intel memperkenalkan ciri baru yang akan memberikan lebih fleksibiliti kepada penggunanya sewaktu melakukan talaan pada komputer mereka.

Rocket lake spec
Antara ciri-ciri utama terbaru yang ada pada Rocket Lake-S. Sumber: Intel

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Intel mengesahkan cip pemprosesan Intel Generasi Ke-11 “Rocket Lake” akan hadir pada suku pertama 2021 nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY