Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu beralih kepada pendekatan baharu dalam pelaksanaan sekatan jalan raya bagi mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan. Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kaedah sekatan jalan raya secara fizikal atau roadblock yang dilaksanakan ketika ini sering menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutamanya apabila lorong jalan dikecilkan kepada satu atau dua lorong….
ShopeePay Perkenal Money+, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenainya
ShopeePay Malaysia kini melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu dengan kerjasama iFAST. Dengan ciri ini, ia membolehkan baki dalam akaun Money+ dilaburkan untuk memperoleh potensi pulangan. Baki ini dilaburkan dalam Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund, iaitu dana pasaran wang patuh Syariah yang diuruskan oleh Eastspring Malaysia dan diedarkan oleh iFAST. ShopeePay berfungsi sebagai platform untuk memudahkan pengguna…
Robot Humanoid Bakal Digunakan Dalam Pembuatan Pesawat
Robot humanoid bukan sahaja akan digunakan dalam industri pengeluaran kereta, tetapi juga akan diperluaskan dalam barisan pembinaan pesawat. Ia selepas syarikat robotik China, UBTech, telah menandatangani perjanjian dengan Airbus untuk memperluas penggunaan robot humanoid dalam industri penerbangan. Airbus telah membeli model terbaru UBTech, iaitu Walker S2, yang direka untuk menyokong proses pembuatan pesawat. Buat masa…
Teknologi Pengecaman Wajah Salah Suspek, Polis London Disaman
Seorang lelaki yang tersilap dikenal pasti sebagai suspek oleh kamera pengecaman wajah secara langsung polis London telah memfailkan tindakan undang-undang penting pada Selasa, mencabar penggunaan meluas teknologi tersebut oleh pihak berkuasa. Mahkamah Tinggi di London memulakan semakan kehakiman bagi menentukan sama ada Polis Metropolitan (Met) bertindak secara sah dalam penggunaan kamera pengecaman wajah secara langsung…
14% Pemandu Maxim Berusia Lebih 55 Tahun
Menjawab isu kelayakan umur untuk pemandu e-hailing yang terus dibincangkan dalam kalangan pemandu dan penumpang Malaysia, Maxim Malaysia menyatakan bahawa sektor e-hailing kekal terbuka kepada individu dari semua peringkat umur, tanpa had umur atas, selagi pemohon memenuhi keperluan pelesenan dan keselamatan yang diperlukan. Menurut data 2026, seramai 14% pemandu Maxim berusia lebih 55 tahun. Kawasan…
Kioxia Lancar Memori Flash UFS v4.1 Untuk Aplikasi Dan Storan Berkapasiti Tinggi
Kioxia dari Jepun memperkenalkan memori UFS 4.1 berasaskan QLC yang direka untuk aplikasi baca intensif dan keperluan storan berkapasiti tinggi. Memori baharu ini dikuasakan oleh teknologi memori flash 3D BiCS FLASHTM generasi ke-8 Kioxia. Inovasi ini menawarkan kapasiti tinggi sehingga 1TB dengan saiz pakej lebih kecil (9×13 mm), menjadikannya sesuai untuk telefon pintar, tablet, PC,…
