Hari ini Dewan Rakyat telah bersidang bagi membentangkan Belanjawan 2021. Pelbagai inisiatif dan bantuan telah diumumkan dan antara menjadi perhatian adalah berkenaan perkhidmatan jalur lebar. Melalui Belanjawan 2021, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bakal memperuntukkan sejumlah RM7.4 bilion untuk tahun 2021 dan 2022 bagi meluaskan lagi jalur lebar dalam negara. Selain daripada itu, inisiatif Jalinan…
Belanjawan 2021: Teks Ucapan Pembentangan Belanjawan 2021 Diedarkan Secara Digital
Pada pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan penggunaan ruang digital perlu dimaksimumkan dalam menjalani sebarang urusan seharian. Sebagai contoh, beliau memaklumkan ucapan pembentangan Belanjawan pada tahun ini diedarkan tanpa kertas atau paperless. Secara khusus, ia diedarkan secara softcopy yang boleh diakses melalui kod QR. Menurutnya lagi,…
Belanjawan 2021: e-Rebate RM200 Diberikan Untuk Pembelian Penyaman Udara Dan Peti Sejuk Cekap Tenaga
Melalui Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program yang memberi manfaat kepada rakyat. Antaranya termasuk program SAVE 2.0. Menerusi program ini, sebanyak RM200 e-Rebate akan diberikan kepada isi rumah bagi pembelian peralatan cekap tenaga. Antaranya adalah bagi tujuan pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan. Menerusi program SAVE 2.0, sejumlah RM30…
Belanjawan 2021: 150,000 Komputer Riba Akan Diberikan Kepada Murid Di 500 Buah Sekolah
Pendidikan merupakan pelaburan paling penting bagi memastikan kualiti kehidupan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang. Dalam menjalani norma baharu ini, pembelajaran dalam talian telah menjadi satu amalan. Sehubungan itu, kerajaan melalui GLC dan GLIC akan menyumbangkan sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung Cerdik. Ia bertujuan bagi pemberian komputer riba kepada 150,000 murid di 500…
Belanjawan 2021: RM15 Juta Diperuntukkan Untuk Pembangunan Esukan
Kerajaan hari ini melalui Belanjawan 2021 mengumumkan peruntukkan sebanyak RM15 juta untuk pembangunan Esukan Malaysia. Dalam pembentangan yang dilakukan Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan menyediakan 55 juta ringgit bagi pembangunan sukan berprestasi tinggi. Ia adalah termasuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal, pembangunan atlet wanita…
Belanjawan 2021: Inisiatif RM50 eWallet Akan Disalurkan Kepada Belia Berumur 18 Hingga 20 Tahun
Melalui Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan pelbagai peruntukan bagi semua golongan. Antaranya termasuk bantuan RM50 yang akan dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet. Ia bertujuan bagi membudayakan ekonomi tanpa tunai. Inisiatif akan disalurkan secara one-off melalui program eBelia. Kredit eWallet akan diberikan kepada golongan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun. Bagi tujuan ini, kerajaan akan…
