Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony xperia 5 ii

Sony Xperia 5 II Boleh Mula Dipra-Tempah Hari Ini Berharga RM4,099 – Percuma TWS Sony WF-XB700

Diterbitkan November 20, 2020 oleh Meor Hasyim

Sony Xperia 5 II merupakan telefon pintar mercu Sony terbaharu yang diperkenalkan pada Oktober lepas di Malaysia. Hari ini, telefon ini sudah boleh dibuat pra-tempahan pada harga RM4,099.

Pra-tempahan ini adalah bermula hari ini sehingga 10 Januari 2021 dan turut didatangkan dengan fon telinga TWS Sony WF-XB700 (bernilai RM549) , pelindung skrin, dan sarung pelindung telefon secara percuma.

sony xperia 5 ii

Untuk fon telinga itu, seperti biasa ia akan diberikan selagi stok masih ada. Terdapat 3 pilihan warna yang ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu biru, hitam, dan merah jambu.

Penghantaran telefon kepada yang sudah membuat pra-tempahan adalah pada Januari 2021.

Sony Xperia 5 II hadir dengan paparan 6.1 inci 21:9 CinemaWide FHD+ OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana oleh cip Snapdragon 865, RAM 8GB, dan storan dalaman 256GB.

sony xperia 5 ii

Terdapat 3 lensa belakang dengan 12MP utama, 12MP sudut lebar, dan 12MP telefoto manakala swafoto adalah 8MP. Bateri sebanyak 4,000mAh dimuatkan dan menyokong pengecasan pantas 21W berasaskan USB-PD.

Antara ciri menarik telefon adalah ia menawarkan lensa dari ZEISS, pembesar suara stereo Dolby Atmos, penarafan IP65/68, ciri rakaman dan suntingan seperti professional dan juga bicu audio 3.5mm.

Rujukan: Sony Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY