Redmi Note 9T Dengan Cip Dimensity 800U Sudah Terima Pengesahan SIRIM

Xiaomi Redmi Note 9 baharu mungkin akan dilancarkan pada minggu hadapan iaitu 24 November 2020 berdasarkan laporan sebelum ini.

Terbaru, Redmi Note 9T akan dilancarkan secara global dengan nombor model M2007J22G. Malah, telefon ini sudah pun terima pengesahan daripada SIRIM Malaysia.



Jika diimbas kembali, Redmi Note 8T sebelum ini hanya ditawarkan buat pasaran Eropah dan perbezaannya dengan Redmi Note 8 hanyalah NFC.

Kapsyen: Redmi Note 9


Sementara Redmi Note 9T kali ini dikatakan tampil lebih baik berbanding Redmi Note 9 biasa. Ia akan menyokong rangkaian 5G bagi Redmi Note 9T.

Selain itu, ia turut hadir dengan rekaan baharu yang seakan Mi 10T Lite. Menurut TENAA, FCC dan 3C, telefon ini akan menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U.



Dilengkapi paparan IPS LCD FHD+ bersaiz 6.53 inci, RAM 4GB/6GB/8GB serta storan dalaman 64GB/128GB/256GB.

Dimuatkan 48MP serta 3 kamera, 13MP kamera swafoto berlubang, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W, NFC dan , menjalankan MIUI 12 berasaskan Android 10.

Belum ada maklumat lagi berkaitan harga yang ditawarkan bagi telefon ini. Mungkin akan diumumkan pada minggu hadapan.

Sumber: gizmochina