Seperti yang diketahui, HarmonyOS akan digunakan pada kebanyakan telefon Huawei pada tahun ini. Dikhabarkan juga, Huawei P50 adalah telefon pertama yang menggunakannya secara terus. Selain itu, Huawei juga merancang untuk menawarkan sistem operasi ini kepada mana-mana jenama yang ingin menggunakannya seperti ZTE dan Nubia. Namun, ZTE telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak berhasrat untuk memasukkan…
Mungkin Ini Adalah Rekaan Untuk POCO X3 Pro
POCO X3 NFC baru sahaja dilancarkan pada hujung tahun lalu dan ia kini bakal menerima model lebih berkuasa, iaitu POCO X3 Pro yang dijangka akan dilancarkan pada 22 Mac ini. Jika semalam anda sudah boleh agak harga yang akan ditawarkan di Malaysia, terbaru, rekaan dan pilihan warna telefon ini telah tertiris. Mungkin anda sebagai peminat…
Mungkin Tiada Galaxy Note Akan Dilancarkan Untuk Tahun Ini – Samsung
Umum mengetahui, Samsung kebiasaannya akan memperkenalkan siri Galaxy Note pada separuh kedua setiap tahun. Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Samsung, Dong-Jin (DJ) Koh kini mendedahkan syarikat itu mungkin tidak akan melancarkan siri Galaxy Note baharu untuk tahun ini, berikutan kekurangan bekalan cip. Pada Januari lepas, Samsung telah mengumumkan peranti andalan Galaxy S21, Galaxy S21+ dan…
Wiko Lancar Power U20 Dan Power U10, Bateri Sebesar 6000mAh Pada Harga Bawah RM500
Wiko kini melancarkan siri Power baharu, iaitu Power U20 dan Power U10. Sesuai dengan namanya, Wiko mempetaruhkan bateri yang besar dan lebih tahan lama bagi dua telefon ini. Power U20 Telefon ini didatangkan dengan skrin 6.8 inci beresolusi HD+ dengan memori 3GB RAM dan dipadankan cip MediaTek Helio G35. Turut hadir storan 32GB dengan sokongan…
Tidak Terkecuali, Aplikasi Signal Kini Disekat Di China
Aplikasi Signal mula mendapat perhatian sejak Elon Musk mengesyorkannya melalui Twitter beliau. Walaupun populariti mula meningkat naik di seluruh dunia, aplikasi permesejan itu tidak terkecuali kerana ia kini telah disekat penggunaannya di China. Ini termasuk dengan laman web Signal juga tidak boleh diakses semalam. Jika pengguna di China mahukannya, mereka perlu mengaktifkan VPN. Namun, aplikasi…
Huawei Akan Meminta Royalti Daripada Apple Dan Samsung Untuk Akses Teknologi 5G
Huawei Technologies Co. (Huawei) kini dilaporkan akan mula berunding untuk mendapatkan royalti daripada Apple dan Samsung bagi akses kepada portfolio paten teknologi 5G yang dimiliki oleh mereka. Menurut laporan Bloomberg, pemilik portfolio paten 5G terbesar di dunia itu akan mengenakan bayaran yang berpatutan kepada syarikat teknologi besar. Ia sekali gus dapat mewujudkan sumber pendapatan baru…
