Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera Super App

Aplikasi MySejahtera Boleh Jadi Super App

Diterbitkan April 7, 2021 oleh Amalina Athman

Aplikasi MySejahtera yang kini telah digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia mampu diperluaskan penggunaannya kepada sektor e-dagang, pendidikan, perkhidmatan penghantaran dan sebagainya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, aplikasi MySejahtera boleh dijadikan sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) atau Super App yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu platform.

Sehingga kini, aplikasi MySejahtera telah membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menguruskan maklumat jangkitan, pengawasan penularan wabak, sertapendaftaran suntikan vaksin secara waktu sebenar (real-time) dan terkini.

Berikutan itu, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan melipatgandakan penggunaan teknologi digital bagi merealisasikan aspirasi MyDIGITAL untuk manfaat semua lapisan masyarakat ke arah Revolusi Industri 4.0.

Sumber: KKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY