OPPO Reno5 F Akan Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi

OPPO Reno5 F merupakan sebuah telefon baharu dalam barisan Reno5 dimana ia telah dilancarkan di Kenya sekitar hujung Mac yang lalu.

Kini, peminat di Malaysia bakal menerimanya tidak lama lagi kerana OPPO Malaysia telah memuat naik poster telefon tersebut di Facebook mereka.

Jika hendak dibandingkan dengan siri Reno5, ia masih lagi tampil dengan kuad kamera tetapi tetapannya kali ini sedikit berbeza pada modul kameranya.

Ia dilengkapi 48MP kamera utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Manakala kamera hadapan pula 32MP.



Selain itu, turut didatangkan paparan AMOLED berukuran 6.43 inci FHD+ dengan kadar penyegaran 60Hz dan kecerahan maksimum 800nits.

Perbezaan lain, cip MediaTek Helio P95 yang menguasakan telefon ini berbanding cip Snapdragon 765G yang ada pada Reno5 dan Dimensity 1000+ pada Reno5 Pro.

Seperti biasa, siri Reno ini mempertaruhkan kemampuan kamera lebih baik kepada pengguna. Bagi anda yang tidak sabar menantikan kehadiran peranti ini, OPPO Malaysia bakal melangsungkan acara perasmian pada 15 April 2021.

Ia turut diserikan lagi dengan kehadiran selebriti tanah air seperti Loca B dan MK. Untuk maklumat lanjut seperti harga dan tarikh jualan, sama-sama kita nantikan pengumuman minggu hadapan.

Sumber: OPPO