Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RENO5 Z

OPPO Reno5 Z Dilancarkan – Cip Dimensity 800U, Kamera 48MP, Pengecasan 30W

Diterbitkan April 7, 2021 oleh Amalina Athman

OPPO kini melancarkan ahli baru dalam siri Reno5 iaitu Reno5 Z (CPH2211), untuk pasaran Singapura. Dari segi rekaan dan spesifikasi, ianya kelihatan hampir serupa seperti OPPO F19 Pro+ 5G yang dilancarkan di India pada bulan lalu.

OPPO Reno5 Z

OPPO Reno5 Z dilengkapi skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED dengan resolusi Full HD+ serta sokongan kadar segar semula 60Hz. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Menguasakan peranti adalah cip pemproses MediaTek Dimensity 800U serta dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan 128GB storan.

OPPO Reno5 Z

Di bahagian kamera belakang, ia dimuatkan 48MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP mono.

Peranti ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 4310mAh dengan pengecasan 30W melalui USB Type-C. Antara lainnya adalah sokongan 5G, Bluetooth 5.1, NFC, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Fluid Black dan Cosmo Blue.

OPPO Reno5 Z Dilancarkan – Cip Dimensity 800U, Kamera 48MP, Pengecasan 30W

Untuk pasaran Singapura, Reno5 Z dijual pada harga $529 (~RM1631). Buat masa ini, belum diketahui jika ia akan dipasarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

Sumber: OPPO Singapura

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY