Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x60 wide

Siri vivo X70 Dijangka Tampil Sensor Kamera Lebih Besar

Diterbitkan April 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Belum reda lagi pelancaran barisan vivo X60 yang kemudiannya diikuti X60T, kini pengganti telefon ini, iaitu siri X70 pula dikhabarkan hadir tidak lama lagi.

Menurut laporan Weibo melaluiĀ Bald Panda, siri baharu ini akan dimuatkan sensor kamera jauh lebih besar (1/1.28 inci) berbanding X60.

Bald Panda X70

Jika dilihat varian tertinggi sebelum ini, X60 Pro+ didatangkan sensor kamera 50MP 1/1.31 inci.

Selain itu, siri vivo X70 masih mengekalkan sistem kamera daripada Zeiss akan tetapi masih belum ketahui berapa resolusinya.

Screenshot 2021-04-07 at 2.21.49 PM
Kamera vivo X60

Tambahan lagi, baterinya turut ditambah kepada 4500mAh dan pengecasan pantas 66W. Ia juga masih dijana cip Snapdragon 888.

Antara penambahan baru, siri X70 bakal menggunakan panel Samsung E4 AMOLED FHD+ dengan sokongan kadar penyegaran 120Hz.

Telefon ini dikatakan mungkin dilancarkan sekitar bulan Jun tahun 2021. Namun, kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada vivo.

Sumber: weibo via mysmartprice

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY