HONOR Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran telefon HONOR 50 buat pasaran tempatan, iaitu pada 18 Oktober ini. Seperti yang diketahui, HONOR telah berpisah dengan Huawei dan secara tidak langsung barisan telefon pintar mereka selepas ini hadir dengan sokongan Google Mobile Service (GMS). Oleh itu, mungkin ada yang merindui untuk menggunakan peranti Huawei mempunyai sedikit minat…
Instagram Bakal Uji Ciri Pemberitahuan Bila Berlaku Masalah Teknikal
Minggu lalu kesemua perkhidmatan media sosial milik Facebook menghadapi masalah teknikal. Beberapa hari kemudian, masalah tidak boleh akses turut berlaku lagi tetapi untuk tempoh waktu yang agak singkat. Apabila masalah-masalah ini terjadi, pengguna mula terkapai-kapai tidak keruan. Ada yang memadam dan memasang semula aplikasi dan ada juga yang memaki hamun telco. Memandangkan isu seperti ini…
Dapatkan Baucar Dengan Beli PlayStation ‘Gift Card’ Di 7-E
Pemilik PlayStation kini dapat menikmati baucar dengan setiap pembelian kad hadiah Playstation Store. Pengguna boleh mendapat RM10 bagi pembelian kad hadiah (gift card) bernilai RM100 dan RM25 pula bagi pembelian kad hadiah bernilai RM250. Tawaran promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2021 di semua cawangan 7-Eleven. Baucar boleh digunakan untuk membeli semua barang dalam…
ColorOS 12 Global Rasmi, Ini Senarai Telefon OPPO Yang Terima
September lalu, OPPO telah pun mengumumkan sistem operasi ColorOS 12. Hari ini, versi globalnya secara rasmi dilancarkan. ColorOS 12 merupakan sistem operasi yang berasaskan Android 12 yang mana menampilkan antara muka (UI) serba baharu, prestasi yang lebih lancar dan hadir dengan beberapa fungsi baharu. Pun begitu, ColorOS 12 ini diberikan dalam versi beta dan peranti…
Cara Untuk Membenarkan Hantaran Facebook Anda Dikongsi Oleh kesemua Pengguna
Kepada anda yang inginkan hantaran pada akaun Facebook anda dilihat dan dikongsikan oleh kesemua pengguna, berikut kami kongsikan tetapan yang perlu diubah. Pertama sekali klik pada ikon tiga titik berikut pada hantaran anda. Seterusnya pilih menu Edit Aidience. Ubah tetapan berikut kepada Public. Selesai, sekarang hantaran facebook anda akan dapat dilihat dan dikongsikan oleh kesemua…
Infinix Zero X Neo Rasmi Dengan Cip Helio G95, Harga RM899
Infinix kini telah mengumumkan model telefon pintar terbaharu dengan teknologi yang memfokuskan kepada fotografi. Telefon pintar ini dilengkapi dengan Mod Super Moon, digabungkan dengan kamera periskop 60x moonshot dan Enjin Algoritma Galileo yang dibangunkan oleh Infinix. Dengan Enjin Algoritma Galileo ini, gambar bulan boleh diambil dengan lebih jelas serta mengakalkan terkstur bulan yang lebih terperinci pada…
