Poco M4 Pro Telefon Gaming Bajet Bawah RM1000

POCO cukup sinonim dengan penawaran telefon yang hadir dengan spesifikasi baik sepadan dengan harga jualannya. Baik dari segmen permulaan, pertengahan hinggalah ke telefon andalan. Jika sebelum ini, POCO M3 pro terkenal sebagai telefon 5G termurah. Kini terdapat satu lagi penyambung kepada legasi tersebut iaitu Poco M4 Pro 5G. Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut mengenai prestasi dari tawaran terbaru POCO ini, mari ikuti bingkisan ringkas kami mengenainya.

Spesifikasi

  • Cipset: MediaTek Dimensity 810 5G (Mali-G57 MC2)

  • Memori: 6GB RAM + 128GB Storan (UFS 2.2)

  • Skrin: 6.6 inci, IPS LCD FHD+, Corning Gorilla Glass 3

  • Ciri Skrin: Kadar segar semula 90Hz, imput sentuh 240Hz

  • Pembesar suara: Stereo

  • Kamera: 50MP utama , 8MP ultra lebar, 16MP swafoto

  • Bateri: 5000mAh (pengecasan pantas 33W)


Rekaan Seakan-akan Redmi Note 11

Jika dilihat sekali pandang pada bahagian belakang peranti ini, ia seakan-akan Poco M3 kerana tulisan ‘POCO’ yang berada pada bahagian kanan kamera dan bukannya seperti Poco M3 pro yang mempunyai tulisan ‘POCO’ pada bahagian bawah kamera.



Pada bahagian depan, peranti ini menggunakan kaca jenis Corning Gorilla Glass 3. Pada bahagian belakang pula, ia menggunakan bahan jenis plastik. Walaupun ia adalah mate finish, ia masih boleh menangkap kesan cap jari yang sangat jelas.



Skrin pada Poco M4 Pro ini adalah jenis IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz selain fungsi Dynamic Switch atau Adaptive Sync dan input sentuh sehingga 240Hz.

Beralih kepada bahagian kamera pula, jika dilihat ia kelihatan seperti mempunyai 4 kamera. Tetapi sebenarnya peranti ini hanya memiliki 2 kamera sahaja. Peranti ini menggunakan sistem 2 kamera, 50MP kamera utama dan 8MP kamera ultra lebar. Swafoto pula menggunakan kamera 16MP.



Fungsi lain pada peranti ini ialah, ia mempunyai lubang audio, menggunakan pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan IR blaster.


Suhu Stabil Untuk Main Game


Antara perkara yang saya boleh puji pada Poco M4 Pro ini ialah prestasi ketika main permainan video. Ketika main game menggunakan peranti ini, saya perasan bahawa suhu peranti ini tidak mencapai suhu yang terlalu tinggi. 

Saya cuba main 5 permainan video iaitu:

  • Call of Duty Mobile

  • League of Legend Wild Rift

  • Genshin Impact

  • Pokemon Unite

  • Sky: Children of The Light




Walaupun tetapan yang saya gunakan agak rendah, tetapi cipset Dimensity 810 yang digunakan oleh Poco M4 Pro ini masih boleh beri prestasi yang agak baik untuk telefon bajet bawah RM1,000.

Harga bawah RM1,000


Dengan spesifikasi yang ditawarkan, fungsi dan ciri yang banyak prestasi gaming yang agak baik, Poco M4 Pro ini boleh menjadi telefon gaming bajet bawah RM1,000. Poco M4 Pro hadir dengan 2 varian iaitu 4GB RAM + 64GB storan dan 6GB RAM + 128GB storan dengan harga masing-masing bermula RM849 dan RM999 yang akan mula dijual pada 11 November 2021.