ZTE telah memperkenalkan Nubia Z40 Pro di China. Walaupun ZTE Nubia ini tidak popular seperti jenama telefon pintar lain tetapi siri model kali ini boleh dikatakan ia setanding dengan peranti andalan dari Samsung, OPPO dan Oneplus. Hadir dengan skrin 6.67 inci AMOLED resolusi FHD dengan kadar segar semula 144Hz. Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen…
Langkah Demi Langkah Cara Tukar DNS di iPhone Untuk Melajukan Sedikit Internet Wifi Anda
DNS atau Domain Name System boleh diibaratkan sebagai ‘Yellow Pages’ bagi internet yang perlu kita semua lalui setiap kali membuat akses ke internet tidak kira anda menggunakan apa-apa peranti sekalipun. Kebiasaannya, setiap ISP (Internet Service Provider seperti TM, TIME dan lain-lain) mempunyai sistem DNS mereka tersendiri yang mana didatangkan secara lalai dengan pemasangan internet. Walau…
Tiada Lagi Label Kuning “Casual Contact”, Pengguna Hanya Terima Notifikasi
MySejahtera kini tidak lagi akan mengubah status ke “Casual Contact” yang petaknya berwarna kuning apabila anda terdedah pada individu yang dijangkiti COVID-19. Sebaliknya, pengguna hanya akan menerima notifikasi memberitahu anda berstatus kontak kasual. Terdahulu, jika MySJ Trace yang berhubung dengan peranti lain melalui Bluetooth dan lokasi yang dilawati pengguna mempunyai jejak pesakit COVID-19, status risiko…
Snapdragon Pun Ada X70, Modem 5G Yang Sokong Semua Jalur Frekuensi
Qualcomm telah melancarkan modem baharu dalam acara Mobile World Congress (MWC) di Barcelona iaitu Snapdragon X70 5G Modem-RF System. Modem 5G ini menyokong kelajuan maksimum 10 Gbps untuk muat turun dan 3.5 bagi muat naik serta dikatakan 60% lebih cekap tenaga. Menariknya, ia merupakan modem pertama di dunia yang menyokong semua jalur komersial 5G iaitu dari…
OnePlus 10 Pro Jengah Pasaran Global Hujung Mac Bulan Ini
Pete Lau dalam kenyataannya semalam mengatakan 2021 ialah tahun kejayaan paling besar untuk OnePlus dengan jualan 11 juta unit peranti, tertinggi dalam sejarah syarikat. Untuk 2022, mereka melihat momentum ini akan berterusan dengan pelancaran OnePlus 10 Pro. Model andalan ini telah menjana lebih ¥100 juta dalam jualan pembukaannya dalam talian. Dengan itu, OnePlus 10 Pro…
Selain WhatsApp, Ini 6 Aplikasi Berasal Dari Ukraine Yang Mungkin Anda Pernah Guna
Sejak minggu lalu, dunia kelam-kabut apabila Rusia mula menceroboh negara bekas taklukannya, Ukraine. Bukan sahaja, Rusia menyerang secara fizikal, media antarabangsa turut berkongsi peperangan siber sehingga laman web Presiden Rusia, kremlin.ru tidak dapat diakses. Namun, mungkin ramai tidak sedar banyak aplikasi terkenal hari ini dibangunkan di Ukraine atau dicipta oleh individu yang berasal dari Ukraine….
