Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
discord accounts switcher (1)

Discord Kini Mudahkan Pengguna Untuk Menukar Akaun, Ini Caranya

Diterbitkan Mac 17, 2022 oleh Faiz Munir

Discord memperkenalkan satu fungsi baharu pada aplikasi mereka iaitu Account Switcher atau penukaran akaun. Fungsi ini membenarkan anda menukar akaun dengan lebih mudah selepas ini ketika menggunakan Discord.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu menekan gambar avatar anda pada bucu bawah kiri dan pilih “Switch Accounts”. Pilih “Manage Accounts” untuk tambah akaun. Setelah selesai, anda boleh pilih sahaja akaun mana yang anda hendak log masuk melalui penukaran akaun ini.

discord accounts switcher

Fungsi ini membenarkan anda untuk log masuk sehingga 5 akaun. Pengguna Discord yang lain juga tidak akan mengetahui jika anda menukar akaun.

Discord Kini Mudahkan Pengguna Untuk Menukar Akaun, Ini Caranya
Kredit: u/AaronTechnic

Untuk makluman, sesetengah tetapan akan di set semula (reset) ketika anda menukar akaun. Semua mesej yang didrafkan juga tidak akan disimpan setiap kali pertukaran akaun berlaku. Tetapi untuk tetapan peribadi dan keselamatan, ia tidak akan ditukar.

Buat masa ini, hanya sesetengah pengguna ‘bertuah’ sahaja yang dapat menggunakan fungsi ini. Tidak pasti sama ada fungsi ini juga akan dibawa masuk ke platform Android dan iOS atau pun tidak. Namun yang pasti, fungsi ini akan hadir untuk platform Windows tidak lama lagi.

Sumber: Discord

Kredit foto utama: u/AaronTechnic

Baca juga:

  • CEO Samsung Mohon Maaf Berkaitan Isu “Throttling”
  • Telefon ‘Flagship’ Ini ‘Power’ Dengan Spesifikasi Tapi Dompet Tak Perlu Tebal Berisi
  • Hirup Udara Lebih Segar Dengan Siri Xiaomi Smart Air Purifier 4

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY