Walaupun sudah hampir 9 tahun meninggal dunia, Nelson Mandela masih tetap menjadi ikon demokrasi Afrika Selatan. Bukan itu sahaja, waran tangkapnya versi NFT berjaya dijual pada harga US$130,000 (~RM548,860). NFT waran tangkap Nelson Mandela yang berusia 60 tahun itu dilelong di Momint, sebuah kedai dalam talian yang berpangkalan di London untuk seni digital. Hasil jualan…
Peranti ‘Bajet’ Tapi Tak Laku, Apple Kurangkan Pengeluaran iPhone SE
Menurut laporan dari Nikkei Asia, Apple bakal mengurangkan pengeluaran iPhone SE bajet baharunya berikutan permintaan yang tak berapa memuaskan dan kurang dari yang dijangka. Apple dilaporkan telah meminta pembekal untuk mengurangkan pengeluaran telefon pintar 5G baharunya, sebanyak kira-kira 2 juta unit kepada 3 juta unit, kira-kira 20% daripada pesanan awal pengeluaran. Penurunan pengeluaran ini turut dipercayai…
Cara Memadam Kaedah Pembayaran Yang Telah Disimpan Pada iPhone
Kaedah pembayaran yang telah disimpan pada akaun Apple memudahkan proses langganan dan pembayaran bagi setiap servis atau aplikasi yang ditawarkan. Namun begitu, Payment method yang tidak lagi aktif perlu ditukar atau dipadam bagi menggantikannya dengan yang lain. Berikut kami kongsikan caranya. Pertama sekali masuk ke menu Setting dan klik pada menu profil pada nahagian atas…
Akibat Suhu Lebihi Paras Normal, Dunia Saksikan Ais Antartika Seluas Bandar Los Angeles Runtuh
Bagai tidak percaya, saintis yang memerhati perkembangan semasa ais di Antartika menyaksikan runtuhan ais yang dianggarkan seluas bandar Los Angeles. Insiden yang berlaku pada pertengahan Mac lalu melibatkan kawasan seluas 460 batu persegi (1,191.3945 kilometer persegi) dan ia berjaya dirakam satelit. Ahli geofizik marin di British Antarctic Survey bernama Rob Larter berkata, beliau langsung tidak…
Elon Musk Sekali Lagi Dijangkiti COVID-19
Elon Musk menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini memaklumkan bahawa beliau sekali lagi telah dijangkiti COVID-19. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tidak mengalami sebarang gejala bagi sakit tersebut. Dalam ciapan itu juga beliau mempersoalkan sama ada varian COVID yang wujud ketika ini masih boleh dianggap sebagai Covid-19. Persoalan itu mungkin timbul berikutan COVID-19 mula dijumpai pada…
Penggodam Boleh Eksploitasi Pepijat Dalam Sistem Tanpa Kunci Kereta Honda
Seorang penyelidik keselamatan bernama Ayyappan Rajesh dan saintis komputer bernama Blake Berry telah menemui pepijat di dalam sistem tanpa kunci kereta Honda yang boleh menyebabkan penggodam berupaya melakukan serangan. Ekslpoitasi itu boleh menyebabkan penggodam boleh menghidupkan enjin kereta dan nyah kunci kereta Honda moden yang ada di pasaran ketika ini. Bentuk serangan yang dikenali sebagai Man-in-the-Middle…
