Maxis Perbaharui Aplikasi Hotlink, Tawar Hadiah Bernilai RM100,000

Khas untuk pelanggan prabayar dan pascabayar Hotlink, Maxis melancarkan aplikasi Hotlink serba baharu, menyediakan semua perkhidmatan-dalam-satu.

Lebih menarik lagi, Maxis menawarkan promosi Raya PERCUMA buat pelanggan yang memuat turun aplikasi semasa musim perayaan dan log masuk setiap hari sehingga 7 Mei.

Hadiah menarik bernilai RM100,000 ditawarkan beserta beberapa ganjaran eksklusif termasuk Samsung TV 65" Ultra HD 4K, Apple iPad Pro 12.9", dan baucar tunai Grab, Petronas, Shopee, dan Zalora.

aplikasi hotlink

Cara untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah yang ditawarkan berbeza mengikut jenis pengguna.

  • Pelanggan Prabayar Hotlink: 'Berbelanja & Menang' - Beli e-Baucar Ganjaran melalui aplikasi Hotlink. Pengguna juga akan dapat menerima tambahan 30GB data percuma dengan setiap pembelian HotlinkMU dari 3 hingga 17 Mei.

  • Pelanggan Pascabayar Hotlink: 'Tuntut & Menang' - Log masuk setiap hari, pilih tab 'Ganjaran' dan klik pada 'Menang Hadiah' untuk menuntut hadiah yang diinginkan serta peluang memenanginya.


Tawaran Raya PERCUMA serta kedua-dua kempen melalui aplikasi ini akan berlangsung sehingga 7 Mei 2022.

Untuk memuat turun aplikasi ini, anda boleh klik pautan di bawah:

Muat turun aplikasi Hotlink untuk iOS

Muat turun aplikasi Hotlink untuk Android

Sumber: Siaran Akhbar Hotlink

Baca juga: