Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi raya

Xiaomi Tawar Diskaun Sehingga RM500 Sempena Raya Bermula 22 April

Diterbitkan April 20, 2022 oleh Nadiah Ab

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Xiaomi melancarkan kempen promosi “Hari Raya Bersama Xiaomi” bermula 22 April hingga 15 Mei 2022.

Melalui kempen ini, pelbagai hadiah menarik ditawarkan dan potongan diskaun pada rangkaian telefon pintar dan produk AloT mereka yang terpilih.

Pelanggan yang membuat pembelian nanti turut berpeluang untuk memenangi Mi TV P1 55″ atau Mi TV P1 43″ yang bernilai sehingga RM2,499.

xiaomi raya

xiaomi raya

Antara produk yang dijual dengan harga promosi termasuk siri Xiaomi 11, Redmi Note 11 Pro, siri Mi TV P1, Xiaomi Smart Air Purifier 4 dan banyak lagi.

Hadiah yang ditawarkan pula berupa baucar KFC bernilai RM30 atau RM10, paket raya Xiaomi, dan lain-lain.

xiaomi raya xiaomi raya

Pembelian boleh dibuat di mana-mana kedai rasmi Xiaomi di Malaysia sepanjang tempoh kempen dari 22 April hingga 15 Mei 2022.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi Xiaomi.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi

Baca juga:

  • Garmin Malaysia Tawar Promosi Raya Serendah RM699 Bermula 15 April
  • Diskaun Sehingga RM1,900 Bagi Pembelian TV Toshiba Sempena Hari Raya
  • Acer Lancar Empat ‘Monitor’ Baharu Dan Promosi Raya Sepanjang Bulan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY