Ekoran laporan yang mendakwa Samsung mungkin akan melangkau model andalan (flagship) mereka dari Snapdragon terkini kerana khabar angin Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 mengalami masalah panas melampau, Qualcomm tampil menafikan laporan tersebut dengan menyatakan laporan itu sebagai tidak tepat. Menurut jurucakap Qualcomm kepada 9to5google, syarikat itu juga menyifatkan khabar angin yang tular itu tidak mencerminkan…
OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
Syarikat kecerdasan buatan (AI) Sam Altman, OpenAI kini memberi isyarat jelas bahawa masa depan bukan sekadar membangunkan chatbot dan model AI, tetapi juga robot pintar yang mampu berinteraksi dengan dunia sebenar. Menurut laporan, OpenAI menawarkan gaji sehingga $500,000 (~RM2.1 juta) kepada jurutera dalam usaha syarikat AI terkenal itu memperluaskan pasukan robotiknya dengan ketara. Pelbagai jawatan…
Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang melaksanakan rangkaian 5G persendirian menggunakan spektrum khusus, satu pencapaian penting dalam transformasi digitalnya ke arah menjadi pelabuhan pintar. Memetik laporan Bernama, rangkaian yang dibangunkan oleh Altel Communications Sdn Bhd (Altel) itu meliputi kawasan seluas kira-kira 2.5 kilometer persegi, merangkumi Terminal Kontena Butterworth Utara…
Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
Juruterbang Switzerland, Raphael Domjan, telah memecahkan rekod ketinggian bagi pesawat elektrik berkuasa solar dalam satu penerbangan pada tahun 2025 yang membawanya meluncur sehingga ketinggian 9,640 meter, menurut pengesahan Persekutuan Sukan Udara Dunia (FAI). Badan pentadbiran FAI, yang mengadakan persidangan agung ke-120 di Lausanne dari Rabu hingga Jumaat, telah mengesahkan cubaan rekod tersebut selepas menyemak dan…
Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan bahawa caj perkhidmatan QR akan mula dikenakan pada 1 November 2026, susulan penularan poster berhubung perkara itu di media sosial. Menerusi siaran di media sosial, MOF menegaskan tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai pelaksanaan caj seperti yang didakwa dalam poster berkenaan. ⚠️ AMARAN: MAKLUMAT TIDAK BENAR Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai…
TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori – Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
TikTok Shop akan melaraskan semula yuran komisen bagi penjual Marketplace dan Mall, berkuat kuasa 31 Oktober 2026. Pelarasan ini menyaksikan kadar komisen bagi kebanyakan kategori produk meningkat. Namun begitu, kadar komisen bagi barangan keperluan harian dan kategori keperluan asas terpilih akan dikurangkan atau dikekalkan pada kadar semasa. Kadar yang dikenakan juga berbeza mengikut kategori produk…
