Kempen “Raya Sales” oleh MSI Malaysia menawarkan kod Steam Wallet dan e-tunai sehingga RM800 buat pemain permainan video sehingga 31 Mei ini. Anda layak untuk menebus kod Steam Wallet bernilai sehingga RM800 dengan pembelian PC atau monitor gaming MSI terpilih. Manakala untuk menebus e-tunai sehingga RM200 ke Touch ‘n Go eWallet pula boleh dilakukan dengan setiap…
TSMC Beri Amaran Kali Kedua Mahu Naikkan Harga, ‘Chippagedon’ Terus Membelenggu
TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Corporation) kali ini memberi peringatan kali kedua dalam tempoh kurang setahun kepada pelanggannya, menurut Nikkei Asia. Peringatan tersebut ialah berkaitan rancangan mereka untuk meningkatkan harga disebabkan kebimbangan inflasi, kos pembuatan yang meningkat dan pelan mereka untuk mengembangkan operasi dalam mengatasi isu bekalan. Laporan daripada Digitimes mengatakan TSMC sudah menaikkan harga sekitar…
Elon Musk Janji Akan “Menghalalkan” Semula Donald Trump Di Twitter
Berikutan hal pemilikan Twitter, semalam Elon Musk berjanji akan “menghalalkan” semula Donald Trump di Twitter jika diberi pemilikan 100%. Dalam persidangan FT Live’s Future of the Car, Elon Musk berkata sekatan kekal sepatutnya dikhaskan untuk akaun bot, atau penipuan, akaun spam dan tidak patut dikenakan ke atas Donald Trump. Katanya lagi, ia bukanlah perkara yang…
Jangan Gelar Peminat Tegar Apple Kalau Belum Ada Apple TV 4K
Setiap individu di dunia, pasti mempunyai sebuah jenama yang diminati. Baik Xiaomi, Samsung mahupun Apple. Kebiasaannya mereka cenderung memilih jenama tersebut adalah disebabkan memang meminatinya atau untuk ekosistem. Salah satu jenama yang sentiasa dicanang mempunyai ekosistem yang baik ialah Apple. Memang tidak dinafikan, Apple sentiasa menekankan ekosistemnya kepada pengguna mereka. Apabila seseorang sudah menggunakan iPhone,…
TNG eWallet Sudah Kembali Ke App Store, Tiada Lagi Sokongan Face ID
Touch ‘n Go Malaysia beberapa hari lalu baru sahaja menjawab persoalan pengguna berkenaan status ketersediaan aplikasi TNG eWallet di App Store. Hari ini, pengguna boleh mendapati aplikasi Touch ‘n Go eWallet sudah tersedia semula di gudang aplikasi App Store. Tiada sebarang kemas kini dilepaskan setakat tinjauan kami. Terdahulu, antara spekulasi dilontarkan pengguna adalah ia mungkin…
Ini Punca Kekurangan Cip Global, Mungkin Berterusan Hingga 2023
Seperti semua tahu, seluruh dunia sedang menghadapi kekurangan cip yang juga telah menyekat pengeluaran dan jualan merentas beberapa industri, termasuk telefon pintar, peranti perubatan, dan kereta. Namun, dari mana masalah ini bermula dan mengapa ia masih berterusan sehingga kini? Apa itu cip? Cip atau semikonduktor ialah komponen penting yang menggerakkan pelbagai jenis barangan elektronik termasuk…
