Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Data Peribadi Peranti Samsung Selebriti Korea Digodam – Pelakon, Bintang Kpop Antara Yang Terlibat

Jaga-Jaga, Akaun WhatsApp Anda Boleh Hilang Dalam Satu Panggilan

Diterbitkan Jun 1, 2022 · Dikemas kini Jun 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Rahul Sasi, pengasas dan CEO CloudSEK berkongsi sebuah kaedah digunakan penggodam untuk mengambil alih akaun WhatsApp dengan menggunakan ciri call forwarding.

Call forwarding ialah sebuah perkhidmatan yang bermanfaat untuk mereka yang menggunakan lebih daripada 1 nombor telefon.

Jika pengguna tidak mengangkat panggilan atau tidak dapat dihubungi, panggilan tersebut akan dimajukan ke nombor telefon yang lain yang telah ditetapkan.

Pihak syarikat telekomunikasi mengenakan caj untuk servis ini.

Bagaimana penggodam menggunakan ciri ini untuk menggodam akaun WhatsApp?

Penggodam meminta mangsa untuk membuat panggilan kepada nombor diberikan. Nombor diberikan ini didail bersama kod MMI (contohnya *118#).

Apabila mangsa mendail nombor tersebut, sistem di pihak syarikat telekomunikasi akan mengaktifkan call forwarding dan panggilan akan dimajukan pada nombor penggodam.

Dengan ini, apabila mangsa tidak menjawab panggilan, penggodamlah akan menerimanya.

Penggodam kemudian akan cuba log masuk WhatsApp dengan nombor mangsa. Untuk kod pengesahan, penggodam akan pilih kaedah panggilan.

Dia akan memastikan mangsa sibuk atau memberi amaran supaya tidak menjawab panggilan.

Apabila mangsa tidak jawab panggilan untuk kod ini, panggilan daripada WhatsApp ini dimajukan (call forwarding) pada nombor penggodam.

Kini, penggodam sudah peroleh kod pengesahan lalu ‘merampas‘ akaun WhatsApp anda.

Disebabkan WhatsApp hanya boleh digunakan pada 1 telefon saja, jadi mangsa akan dapati WhatsApp pada telefon mereka sudah dilog keluar secara tiba-tiba.

Apa perlu buat untuk elakkan jadi mangsa?

Salah satu caranya ialah mengaktifkan ciri pengesahan dwifaktor (two-factor authentication– 2FA) pada WhatsApp. Masuk ke tetapan dalam WhatsApp, pilih ‘Akaun; dan pilih ‘Pengesahan dua faktor‘ lalu aktifkannya.

Di samping itu, sentiasa memasang perasaan curiga dengan panggilan daripada orang tidak dikenali. Penjahat sentiasa akan cuba yakinkan anda bahawa mereka mempunyai kuasa sahih daripada badan tertentu.

Jadi, ambil masa untuk sahkan identiti mereka dengan menghubungi jabatan tersebut terlebih dahulu sebelum melakukan apa diminta.

Baca juga:

  • WhatsApp Sudah Bangunkan Ciri Keluar ‘Group’ Tanpa Pengetahuan Ahli Lain
  • “Akaun Sokongan WhatsApp” Cuba Perdaya Pengguna WhatsApp
  • ‘Group’ WhatsApp Dapat 4 Ciri Baharu, ‘Admin’ Lebih Berkuasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY