Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
laser china

Saintis China Hasilkan Alat ‘Laser’ Berkuasa Tinggi Yang Boleh Ditulis Dan Disentuh Di Udara

Diterbitkan Julai 23, 2022 · Dikemas kini Julai 23, 2022 oleh ariff bukhari

Saintis China dilaporkan telah berjaya menghasilkan laser berkuasa tinggi sehingga mampu ditulis di atas udara.

Saintis China itu menggunakan aksara China bagi demonstrasikan laser (pancaran cahaya yg amat kuat ) yang dihasilkan mereka itu di Makmal Laser Hongtuo, Wuhan.

Tulisan yang ditulis menggunakan laser di udara itu bukan sahaja boleh dilihat pada pelbagai sudut, tetapi juga boleh disentuh.

“Dengan menggunakan peralatan terbaru ini, kini kita boleh melukis di udara tanpa perlukan kertas dan dakwat” Cao Xiangdong, ketua saintis di Makmal Laser Hongtuo, Wuhan.

Alat itu berfungsi dengan memfokuskan pancaran laser berkuasa tinggi di udara bagi menghasilkan plasma atau gas ion yang kemudiannya tenaga itu ditukarkan ke dalam bentuk cahaya.

Saintis China Hasilkan Alat ‘Laser’ Berkuasa Tinggi Yang Boleh Ditulis Dan Disentuh Di Udara

Bagi membentuknya pula, pasukan penyelidik itu menggunakan mesin pengimbas 3D bagi menyusun piksel seterusnya menghasilkan aksara secara tepat di udara.

Bagi menjadikan udara itu bercahaya, kuasa laser itu perlukan tenaga sekitar 1 trilion watt/sentimeter persegi.

Pasukan saintis China itu berharap teknologi tersebut boleh dipraktikkan dalam pelbagai bidang seperti perkomputeran quantum dan perubatan.

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY