Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hujan meteor

Kemuncak Hujan Meteor Delta Aquariids Dijangka Berlaku Minggu Depan

Diterbitkan Julai 22, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan orang ramai akan dapat melihat fenomena Hujan Meteor Delta Aquariids bermula dari 12 Julai hingga 23 Ogos 2022.

MYSA menyatakan, fenomena hujan meteor ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 96P/Machholz yang merupakan antara komet utama menyebabkan fenomena ini.

MYSA menjelaskan, Komet 96P/Machholz dianggarkan mengambil masa selama 5.3 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut.

Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.

Kemuncak bagi Hujan Meteor Delta Aquariids ini pula dijangka akan berlaku pada minggu hadapan iaitu pada awal pagi hari Jumaat, 29 Julai 2022.

Purata meteor yang dijangka akan boleh disaksikan pula adalah sebanyak 20 meteor/jam dalam keadaan cuaca yang baik dan langit gelap.

Kemuncak Hujan Meteor Delta Aquariids Dijangka Berlaku Minggu Depan

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY