Apple dilaporkan telah mengupah seorang bekas pembuat supercar Lamborghini untuk mengusahakan program kereta autonomi elektrik Apple sendiri. Semasa berkhidmat untuk Lamborghini, Luigi Taraborrelli, telah bekerja dalam pembangunan Lamborghini Urus SUV, Huracan Coupé, Performante, dan Aventador Coupé, dan lain-lain. Pelantikan Taraborrelli, bersama beberapa yang lain menunjukkan Apple masih komited untuk menghasilkan kereta elektrik. Projek yang dipanggil Project…
Instagram Muhasabah Diri Selepas Dikecam Gigih Tiru TikTok, Henti Sementara Beberapa Ciri
Instagram memaklumkan mereka akan berhenti menguji ciri pemaparan gambar dan video skrin penuh dan akan mengurangkan kiriman cadangan (recommended post). Semua ini akan berlaku dalam masa 2 minggu. Ini berikutan tular kiriman dalam kalangan pengguna yang menggesa Instagram mengekalkan jati diri dan berhenti menjadi TikTok 2.0. Beberapa hari lalu, Adam Moserri, Ketua Instagram memberi respons…
Pencipta Kandungan YouTube Kini Boleh Tukar Video Panjang Menjadi ‘Shorts’
Untuk memudahkan pencipta, YouTube menawarkan mereka untuk menukarkan video yang lebih panjang menjadi ‘Shorts’, yang formatnya hampir sama dengan TikTok. Ciri ini boleh dilakukan melalui alat baharu iaitu “Edit into a Short” pada aplikasi YouTube di iOS dan Android. Melaluinya, pencipta akan boleh memilih klip sehingga 60 saat daripada salah satu video mereka dan membawa…
ASUS Zenfone 9 Rasmi, Saiz Kompak Dengan Harga Yang ‘Gah’ Bukan Main
ASUS Zenfone 9 telah diperkenalkan secara rasmi semalam. Ia dijana Snapdragon 8+ Gen 1, menjalankan Android 12 tetapi hanya dijanjikan 2 kemas kini utama dan 2 tahun tampalan keselamatan. Yang menjadikannya kompak ialah saiz skrin 5.9 inci. Ia menggunakan panel OLED Samsung dengan nisbah 20:9 dengan sokongan kadar segar 120Hz dan 240 kadar input. Ia…
Samsung Galaxy S23 Sah Dijana Snapdragon, Exynos Mungkin Tiada Lagi
Qualcomm telah mengesahkan khabar angin bahawa Samsung Galaxy S23 nanti akan dikuasakan oleh cip Snapdragon. Turut dikatakan cip Snapdragon nanti akan lebih banyak digunakan dalam produk Samsung selepas ini. Samsung terkenal menggunakan pemproses Exynos, bagaimanapun, bahagian Exynos dalam campuran cip telah pun dikurangkan, di mana Snapdragon 8 Gen 1 sekitar 70% daripada semua unit Galaxy S22…
AirAsia Bekerjasama Dengan Syarikat UK Untuk Teksi Udara Di Malaysia
AirAsia menjalin kerjasama dengan Skyports Infrastructure dari UK untuk pembangunan perkhidmatan teksi udara di Malaysia. Fasa awal akan melibatkan Kuala Lumpur untuk penilaian awal pasaran ini. Kerjasama selama setahun ini akan menumpukan terhadapan kajian infrastruktur, pengenalpastian tapak vertiport dan pembangunan rangka kerja operasi. Skyports antara nama dikenali dalam industri AAM (advanced air mobility). Ia menyediakan perkhidmatan mereka…
