Apple dilaporkan bakal menjadikan Jerusalem, Israel sebagai pusat bagi membangunkan cip-cip pemprosesan bagi model-model komputer Macintosh mereka pada masa depan. Fasiliti baru di dalam Israel itu juga akan memfokuskan kepada pembangunan perkakasan lain sebagai sebahagian daripada pembangunan cip pemprosesan. Ketika ini, Apple sudah pun menjalankan operasi fasiliti mereka bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan yang terletak…
Kerajaan Mula Uji Pemberian Subsidi Petrol, Diesel Melalui e-Dompet
Kerajaan sudah mula menguji penjualan bahan api bersubsidi seperti petrol melalui e-dompet (e-wallet) namun tidak didedahkan stesen mana yang terlibat, menurut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) di Kementerian Kewangan (MoF), Johan Mahmood Merican. Dalam wawancara bersama BFM, beliau mengakui jika kaedah e-dompet ini dipilih sebagai salah satu pemberian subsidi kelak, ia agak sukar bagi mereka…
Apple Kata Jangan Bimbang Jika Tiada ‘Casing’ Sebab Itu iPhone
Apple menerusi iklan terbaru mereka berkaitan iPhone 13 secara bijak memaparkan bahawa pengguna tidak perlu bimbang akan ketahanan iPhone mereka. Dalam iklan terbaru mereka berjudul iPhone 13 | Edge | Apple itu menunjukkan iPhone 13 tersebut berada di hujung meja tanpa dijawab. Kemudian, iPhone yang bergetar itu terjatuh ke bawah dengan bunyi yang agak kuat….
Teleskop Ini Guna Sebanyak 10 Lensa Canon Bantu Ahli Astronomi Australia Kaji Galaksi
Universiti Australia bekerjasama dengan Canon bagi membangunkan sebuah teleskop bagi membantu saintis mengkaji galaksi di bahagian hemisfera selatan. Canon membekalkan sebanyak 10 unit lensa telefoto Canon EF 400mm f/2.8 L IS II bagi membangunkan teleskop yang dinamakan sebagai Huntsman. Penghasilan Teleskop Huntsman itu diinsirasikan daripada teleskop Dragonfly Telephoto Array yang menggabungkan sebanyak 24 unit lensa Canon…
Kementerian Indonesia Mohon Maaf Pada Semua ‘Gamer’, Ketua Pengarah Juga Akui Main ‘Game’
Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) Indonesia memohon maaf kerana menyekat beberapa aplikasi yang menghalang ‘gamer’ mengakses permainan. Dua hari lepas, platform termasuk Yahoo!, PayPal, Steam. Epic Games, Dota, Counter-Strike, Epic Games and Origin.com dan Xandr.com. dihalang akses oleh kerajaan Indonesia kerana tidak berdaftar sebagai PSE (Penyelenggara Sistem Elektronik) “Jadi, mohon maaf teman-teman, pemain game. Saya juga pemain game, mohon…
Arab Saudi Rancang Bina 2 Bangunan Kaca Sepanjang 120 Kilometer, Sasar Siap Pada 2030
Arab Saudi dilaporkan merancang mahu membina 2 bangunan pencakar langit yang akan dibuat daripada kaca cermin. 2 Bangunan yang akan dibuat secara sebelah menyebelah itu akan dibina setinggi 487 meter merentangi padang pasir, pantai dan pergunungan dengan jarak keseluruhan sepanjang 120 kilometer. Sekaligus akan membentuk seakan sebuah bandar futuristik dengan di bahagian tengahnya dilengkapi dengan…
