Seawal pelancaran iOS 16 pada pengguna beberapa hari lalu, kebanyakan model kini boleh memaparkan peratusan dalam ikon bateri di bar status. Namun, 4 model yang tidak menerima ciri Battery Percentage ini ialah iPhone XR, iPhone 11, iPhone 12 mini dan 13 mini. Ramai pengguna mempertikai tindakan Apple kerana memilih bulu dalam memberikan ciri sekecil ini….
China Temui Mineral Baharu Di Bulan
Pasukan saintis China telah menemui mineral baharu di bulan yang dinamakan Changesite-(Y). Nama tersebut diambil daripada nama dewi bulan China, Chang’e. Mineral ini ditemui dalam sampel debu dan batuan yang dibawa pulang dari Bulan oleh China dalam Misi Chang’e 5 mereka yang pertama pada tahun 2020. Ini meletakkan China sebagai negara ketiga dunia yang menemui…
Berdasarkan Ujian Prestasi, Ini Kedudukan CPU Terbaik Pada Tahun 2022 Buat Masa Sekarang
Cip pemprosesan adalah minda yang mengurus dan mengatur sebarang tugasan dan operasi dalam binaan komputer kita. Dengan pelbagai pilihan CPU di luar sana daripada 2 jenama besar – AMD dan Intel, mesti pembaca tertanya-tanya akan CPU mana yang menjadi juara dan paling berprestasi. Berikut merupakan hierarki bagi kedudukan CPU paling berprestasi dan terbaik untuk tahun…
DJI Umum Osmo Action 3, Bateri Tahan Lebih Lama
DJI kini mengumumkan generasi ketiga dalam siri Osmo iaitu Osmo Action 3, sebagai pengganti kepada Action 2. DJI Osmo Action 3 menggunakan tetapan kamera hampir sama seperti Action 2, namun tidak lagi hadir dengan kamera modular. Osmo Action 3 dimuatkan sensor 12MP 1/1.7 di sebalik lensa 155° f/2.8. Mod rakaman video hadir seperti sebelumnya dengan…
GoPro Hero 11 Dan Mini Dilancarkan, Harga Bermula RM1,979
GoPro kini mengumumkan kamera aksi Hero 11, dengan sensor yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Untuk spesifikasi, Hero 11 Black dimuatkan sensor kamera 27MP bersama sokongan warna 10-bit. Ia mempunyai keupayaan mod rakaman 5.3K/60fps dengan nisbah 8:7, 4K/120fps, 2.7K/240fps (8x slow-mo) serta mod HyperView dengan nisbah 16:9. Antara lainnya termasuk Night Effect baharu, HyperSmooth 5.0 dengan AutoBoost…
NASA Umum Tarikh Baharu Bagi Pelancaran Roket Artemis 1
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kini menjadualkan tarikh baharu bagi pelancaran roket Artemis 1, iaitu pada 27 September nanti. {suggest} Bagaimanapun, NASA turut mengumumkan 2 Oktober sebagai tarikh sandaran jika pelancaran tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang. Agensi itu pada asalnya mempertimbangkan untuk mencuba semula pelancaran seawal 23 September, namun memutuskan pada tarikh kemudian selepas…
