Siri Samsung Galaxy S23 mungkin bakal dilancarkan pada awal Februari depan, dan kita telah mendengar pelbagai ura-ura seperti cip, kamera dan spesifikasinya. Tetapi baru-baru ini, bahan promosi siri Galaxy S23 telah tersebar yang mendedahkan warna signature bagi S23+ dan S23 Ultra. Kita boleh lihat Samsung memilih warna merah jambu bagi Galaxy S23 dan hijau untuk versi…
Pratempah The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Sudah Dibuka
Pembaca sudah boleh membuat pratempah bagi The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom di mana ia akan dilancarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch pada 12 Mei, 2023. Walau bagaimanapun, pratempah hanya tersedia untuk pasaran luar negara sahaja seperti di Amazon, Best Buy, Gamestop dan lain-lain. Berdasarkan harga tempahannya, Tears of the Kingdom dijual pada…
TM Jelaskan Situasi Tentang Menara Kuala Lumpur
Beberapa hari ini, kecoh tentang isu pemilikan Menara KL dengan pelbagai spekulasi dijelmakan di media sosial. Hari ini, Kumpulan Telekom Malaysia (TM Group) telah mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan keadaan sebenar. Menara KL ialah milik kerajaan Malaysia namun pengoperasian dan penyelenggaraannya diberikan secara konsesi, menurut TM. TM melalui anak syarikatnya yang bernama Menara Kuala Lumpur Sdn….
Amazon Ingin Bangunkan Platform Khas Untuk Rancangan Sukan
Amazon sedang dalam pertimbangannya untuk melancarkan sebuah aplikasi penstriman yang fokus kepada rancangan sukan. Syarikat tersebut sebelum ini telah menyiarkan siaran secara langsung mengenai perlawanan bola sepak dari NFL dan UK Premier League. Amazon akan menyiarkannya di Prime Video dan kini mereka ingin memisahkannya ke dalam aplikasi yang khususnya untuk kandungan itu sahaja. Namun, Amazon masih lagi tidak mengeluarkan sebarang pernyataan…
HAQ Dan TODAK Mewakili Malaysia Ke M4 World Championship MLBB Di Jakarta
Pada 26 Disember yang lepas, kumpulan HAQ dan TODAK telah ‘diterbangkan’ ke Jakarta sempena M4 World Championship. Pertandingan kejuaraan ini diadakan pada setiap tahun di mana 16 kumpulan antarabangsa bertanding untuk memenangi hadiah bernilai USD 800,000. Kedua-dua kumpulan ini layak untuk bertanding di M4 selepas berada di kedudukan pertama dan kedua dalam MPL Malaysia Season 10. Sesi ini ditemani oleh beberapa ahli media iaitu YB Adam…
Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara, 3 Lelaki Ditangkap
Sekitar 2 minggu lalu, polis telah menahan 3 lelaki yang dipercayai menceroboh dan menyeludup tembakau menggunakan dron ke dalam kawasan Penjara Machang, Kelantan. Kesemua suspek berusia 35 hingga 39 tahun itu ditahan di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kampung Bukit Belah, pada 12 Disember 2022. Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata, IPD Machang awalnya…
