Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S23 Dummies

Saiz Storan Dipertingkat, Harga Siri Samsung Galaxy S23 Juga Dikatakan Naik

Diterbitkan Januari 19, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Siri Samsung Galaxy S23 bakal hadir tidak lama lagi dan pengguna dapat menjangkakan berita-berita mengenai peranti tersebut.

Walau bagaimanapun, berita pada kali ini kurang menggembirakan kerana berkait dengan harga bagi telefon andalan tersebut yang dikhabarkan dinaikkan.

Samsung Galaxy S23 Dummies

Menurut 9to5Google, siri telefon andalan (flagship) oleh Samsung pada tahun ini akan menjadi lebih mahal berbanding daripada tahun lepas.

Berdasarkan maklumat harga yang ditetapkan untuk Australia, terdapat kenaikan sebanyak AUD 100 (∼RM303) untuk setiap model.

Ini merupakan jangkaan senarai harga bagi siri Galaxy S23:

  • Galaxy S23 (128GB)- AUD $1,350 ( ∼RM4,092)
  • Galaxy S23 (256GB) – AUD$1,450 ( ∼RM4,395)
  • Galaxy S23 Plus – AUD $1,650 ( ∼RM5,001)
  • Galaxy S23 Ultra- AUD $1,950 ( ∼RM5,910)

Mungkin salah satu punca kenaikan harga ini adalah kerana storan yang diperluaskan oleh Samsung sehingga 256GB. Ini juga ‘dibuktikan’ dengan risalah yang didedahkan berkaitan spesifikasi peranti-peranti tersebut.

Berkaitan

  • Siri Samsung Galaxy S23 Mungkin Kekalkan Warna Ikonik Mereka
  • Siri Samsung Galaxy S23 Dijangka Hadir Seawal Februari Ini
  • Samsung Sahkan Acara Galaxy Unpacked 2023 Pada 2 Februari
  • Samsung Galaxy S23 Dilihat Akan Memfokuskan Prestasi Kamera
  • Mungkin Ini Rekaan Sebenar Yang Bakal Digunakan Siri Samsung Galaxy S23

Selain daripada itu, terdapat beberapa ciri lain yang dinaik taraf seperti cip yang baharu, kualiti kamera serta sambungan komunikasi satelit.

Ciri-ciri yang disertakan ini menunjukkan siri Galaxy S23 agak berbaloi untuk dinaikkan harga.

Namun, kenaikan harga ini juga akan membuat pembeli berasa curiga untuk membelinya dan memilih siri Galaxy S yang terdahulu sahaja.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY