Buzzfeed, sebuah syarikat berita media AS mengumumkan bahawa mereka akan guna ChatGPT daripada OpenAI untuk menghasilkan artikel. Menurut CEO Buzzfeed, Jonah Peretti berkata: “Pada 2023, kalian akan melihat kami akan membawa kandungan AI (di mana ia masih dalam fasa R&D lagi) ke dalam teras perniagaan ini”. Buzzfeed akan guna AI daripada OpenAI untuk menjana soalan…
Malaysia, Singapura Turut Tandatangani MoU Untuk Perlindungan Data, Keselamatan Siber Dan Ekonomi Digital
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Josephine Teo telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama antara Malaysia dan Singapura dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital. {suggest} Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam satu kenyataan menjelaskan, antara bidang kerjasama dalam perlidungan data peribadi adalah bertukar-tukar pengetahuan dan kepakaran berhubungan amalan…
JD Sports Dilapor Digodam, 10 Juta Data Pelanggan Terkesan
Rangkaian stor sukan terkenal, JD Sports Fashion Plc (“JD Sports”) dilaporkan telah digodam, mengakibatkan berlaku insiden akses tanpa kebenaran kepada sistem yang mengandungi data pelanggan yang berkaitan dengan beberapa pesanan dalam talian yang dibuat antara November 2018 dan Oktober 2020 dahulu. Jenama kumpulan JD Sports yang terjejas dengan insiden ini meliputi JD, Size?, Millets, Blacks, Scotts…
Malaysia Meterai Perjanjian Dengan Singapura Dalam Bidang Ekonomi Hijau Dan Digital
Kerajaan Malaysia kini telah menandatangani perjanjian dengan Singapura dalam bidang Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau. {suggest} Menteri Perdagangan Antarabangasa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata melalui perjanjian ini, Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan Singapura dalam pengetahuan teknikal untuk keperluan pengawalseliaan bagi kenderaan elektrik (EV), kenderaan autonomi dan inisiatif ekonomi hijau seperti kredit karbon…
Cepat Muat Turun 2 ‘Game’ Berharga Lebih RM50 Ini Secara Percuma
Jika anda masih belum memuat turun 2 permainan ini dari Epic Games, anda masih ada masa sehingga 3 Februari ini bagi mendapatkannya dengan percuma. Epic Games kini sedang menawarkan ‘Adios’ yang berharga RM39 dan ‘Hell is Others’ berharga RM25.49 secara percuma untuk masa terhad. Menariknya adalah 2 judul permainan ini tidak memerlukan spesifikasi komputer berprestasi…
Carl Pei Sahkan Nothing Phone (2) Yang Akan Keluar Tahun Ini Lebih Premium
Tempoh hari, Carl Pei mengatakan Nothing bukan seperti jenama lain yang terlalu kerap mengeluarkan model baharu. Namun, ia tidak bermakna Nothing Phone baharu akan dilancar 2-3 tahun lagi. Carl Pei mengesahkan bahawa Nothing Phone (2) akan dilancarkan tahun ini dan ia lebih premium daripada Phone (1). “Nak saya bagi render Phone (2)?” seloroh Pei dengan…
