Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Logo

Sebahagian Pekerja Google Dilaporkan Diarah Kongsi Meja Kerja Dengan Rakan Sekerja Yang Lain

Diterbitkan Mac 1, 2023 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan telah mengarahkan para pekerja mereka untuk berkongsi meja dengan rakan sekerja mereka pada tahun ini dalam suku depan yang akan datang.

Arahan itu dilaporkan bertujuan bagi membolehkan operasi syarikat berjalan dengan lebih efisyen.

Arahan perkongsian meja itu yang dirujuk sebagai Evolusi Pejabat Awan (CLOE) akan dilaksanakan di 5 lokasi pejabat terbesar Google Cloud Amerika yang terletak di Kirkland, Washington; Bandar Raya New York; San Francisco; Seattle; dan Sunnyvale, California.

Berkongsikan dokumen dalaman Google, laporan itu menyatakan pekerja Google akan berkongsi meja kerja dengan rakan sekerja mereka yang lain pada hari kerja yang berbeza.

Jadi mereka tidak bekerja pada waktu yang sama di meja kerja tersebut dengan rakan sekerja Google yang lain.

Berkaitan

  • Pekerja Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Bermula September Depan
  • Pekerja Twitter Di Asia Di Arah Kosongkan Ibu Pejabat, Bekerja Dari Rumah
  • Stesen Pengecas EV TNB Electron Tidak Lagi Percuma, Kini Dari RM2.05/minit

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY