Menurut laporan yang diterbitkan oleh Gogolook dengan kerjasama Constella Intelligence, penyedia perkhidmatan perlindungan risiko digital antarabangsa berkenaan analisis kebocoran nombor telefon di beberapa pasaran utama, 75% nombor telefon pengguna di Malaysia didapati telah dibocorkan. Dalam laporan Gogolook 2022 Annual Fraud Report yang diterbitkan itu, kebocoran nombor telefon di Malaysia adalah yang tertinggi diikuti oleh Taiwan…
OPPO Dilapor Sedang Bangunkan Teknologi Pengecasan 300W
Pada Februari lepas, Redmi telah pun mengumumkan teknologi pengecasan pantas 300W. Dalam laporan terbaharu, OPPO pula dikhabarkan sedang membangunkan teknologi pengecasan 300W. {suggest} Menurut peniris terkenal Digital Chat Station, teknologi pengecasan yang masih dalam pembangunan itu akan digandingkan dengan bateri berkapasiti 4,450mAh (4,600mAh pada kapasiti asal). Jika dilancarkan kelak, teknologi pengecasan SuperVOOC itu akan menjadi…
Malaysia Perkukuh Kerjasama Dengan Republik Rakyat China Menerusi Sains, Teknologi Dan Inovasi
Malaysia terus memperkukuhkan kerjasama dan pelaburan dua hala dengan Republik Rakyat China (RRC) dalam bidang-bidang strategik utama termasuklah teknologi digital baru muncul seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi aeroangkasa, teknologi hijau seperti mobiliti elektrik dan pembangunan vaksin. Menerusi Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Malaysia dan China komited untuk mengukuhkan ekosistem pengkomersilan dengan menyediakan akses pasaran…
Diam-Diam Apple Watch Edisi Hermès Dilancarkan Di Malaysia, Harga Cecah RM6,549
Tanpa sebarang makluman, Apple secara diam-diam telah melancarkan jam pintar Apple Watch edisi Hermès untuk pasaran Malaysia. Edisi Hermès itu ditawarkan menerusi Apple Watch Series 8 varian 41mm dan 45mm yang telah dilancarkan pada September 2022 lalu. Apple Watch edisi Hermès menawarkan pilihan warna menarik menerusi penawaran pelbagai jenis ikatan tali jam yang boleh dipadankan…
Xiaomi 13 Ultra Sah Akan Hadir Untuk Pasaran Global
Pada tahun lalu, peranti andalan Xiaomi 12s Ultra hanya dikekalkan eksklusif untuk pasaran China. Terbaharu, Xiaomi secara rasmi mengesahkan Xiaomi 13 Ultra akan diperkenal untuk pasaran global. {suggest} Leica menerusi Twitter turut mengesahkan kerjasama strategik dengan Xiaomi diteruskan untuk model Ultra ini. Untuk sistem kamera Xiaomi 13 Ultra, Leica menyatakan peranti ini akan dilengkapi sistem…
Purata Kelajuan Muat Turun Digi 5G Adalah 18.7 Kali Lebih Pantas – OpenSignal
Buat pertama kalinya dalam laporan pengalaman rangkaian mudah alih yang diterbitkan Opensignal Malaysia, metrik pengalaman 5G telah dimasukkan ke dalam jadual laporan mereka. Setakat bulan Mac 2023, Digi merekodkan kelajuan muat turun 5G terpantas dengan skor selaju 440.7Mbps. Ia adalah 62.6Mbps lebih laju di hadapan skor Unifi 5G yang berada di tempat kedua iaitu 378.1Mbps….
