Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pempengaruh Cipta Diri Maya Janaan ‘AI’, Boleh Disewa Sebagai Teman Pada Kadar RM4.48 Seminit

Pempengaruh Cipta Diri Maya Janaan ‘AI’, Boleh Disewa Sebagai Teman Pada Kadar RM4.48 Seminit

Diterbitkan Mei 12, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang pempengaruh bernama Caryn Marjorie, berusia 23 tahun yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Snapchat telah mencipta pendua dirinya sendiri yang dijana teknologi kecerdasan buatan (AI).

Dikenali sebagai CarynAI, ia adalah chatbot berasaskan suara yang menganggap dirinya sebagai teman wanita maya, dengan suara dan personaliti yang seakan Marjorie sebenar.

CarynAI ialah avatar teman romantis pertama yang dibangunkan dengan bantuan daripada syarikat AI terkemuka, Forever Voices yang mana sebelum ini telah membuat versi chatbot Steve Jobs, Taylor Swift dan Donald Trump.

CarynAI dibangunkan hasil analisis 2,000 jam kandungan YouTube Marjorie bagi membina enjin pertuturan dan personaliti yang kemudian dilapisi pula dengan API GPT-4 OpenAI.

Tetapi berbeza daripada bot sebelumnya, CarynAI melangkah lebih jauh dengan berjanji untuk mewujudkan ikatan emosi sebenar dengan pengguna.

Menyebabkan ada individu yang sanggup membayar USD1 (RM4.48) seminit untuk mempunyai hubungan dengan chatbot itu.

CarynAI pada asalnya dilancarkan sebagai ujian beta peribadi dengan jemputan khas dibuat melalui aplikasi Telegram pada awal Mei lalu.

Tetapi pada hari Selasa nanti, CarynAI akan keluar daripada versi betanya dan Marjorie akan mula mempromosikan di seluruh platform sosialnya yang mempunyai berjuta-juta pengikut.

Sepanjang ujian betanya yang hanya dibuat selama seminggu sahaja, CarynAI telah menjana pendapatan sebanyak $71,610 (~RM319,000) menurut penyata pendapatan yang dikongsi pengurus perniagaan Marjorie dengan Fortune.

Ini adalah contoh terkini kemajuan menakjubkan dari penggunaan teknologi AI yang telah memukau tetapi pada masa yang sama membimbangkan dunia sejak beberapa bulan lalu.

Berkaitan

  • 3 Aplikasi Popular Google Ini Bakal Terima Kuasa 'AI'
  • Muat Turun Dengan Percuma 3 'Add-On' Permainan Dibangunkan Maxis Ini Sekaligus Bernilai RM137
  • OPPO Sah Tutup Unit Yang Bangunkan MariSilicon, Pekerja Turut Terkejut

Sumber: Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY