Apple hari ini mengumumkan barisan cip terbaru yang menguasakan komputer Macintosh mereka iaitu cip Apple M3. Siri ini hadir dengan 3 cip iaitu M3, M3 Pro dan M3 Max. Apple menyatakan, cip terbaru mereka ini menawarkan peningkatan presatsi sehingga 2.5 kali ganda lebih pantas dari cip M1. Cip ini memang memfokuskan untuk suntingan video kerana…
Kelajuan 5G Malaysia Atasi Jepun, UK Dan Jerman
Walaupun kurang daripada 2 tahun Malaysia melancarkan rangkaian 5G, tetapi usaha berterusan negara kita dalam mengembangkan infrastruktur 5G telah menjadikan Malaysia sebagai pemacu utama rangkaian 5G di rantau Asia Tenggara. Malah rangkaian 5G negara kini lebih ke hadapan berbanding beberapa buah negara maju lain seperti United Kingdom, Jepun dan Jerman. Menurut laporan Ookla terbaharu berdasarkan…
Telefon Pintar Huawei, Vivo Tag Aplikasi Google Sebagai Trojan
Sejumlah pengguna telefon pintar Huawei dan Vivo melaporkan telefon pintar mereka itu mengesan aplikasi rasmi Google sebagai perisian hasad. Mereka menyatakan, aplikasi Google itu ditandakan sebagai perisian hasad TrojanSMS-PA. Peranti mereka itu memberi amaran bahawa “penyahpasangan segera dinasihatkan,” kerana apl itu kini dianggap berisiko tinggi, seperti yang ditunjukkan oleh amaran di bawah daripada salah satu…
5 Filem Yang Dapat Jumlah Tontonan Paling Tinggi Di Netflix
Netflix telah menjadi platform penstriman paling popular di dunia dan memiliki berjuta-juta pelanggan di serata dunia. Filem yang ditayangkan juga dari seluruh dunia. Untuk kali ini, saya akan senaraikan 5 filem yang mendapat tontonan paling tinggi dalam platform netflix. Red Notice (2021) Jumlah tontonan: 230,900,000 Ejen FBI John Hartley (Dwayne Johnson) sedang menyiasat kes kecurian…
Pemasangan Starlink Di Kampung Langsat Lain Sikit, Jauh Lebih Kukuh
Kerja-kerja pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat dapat memberi faedah kepada 500 penduduk kampung. Akses internet berkelajuan tinggi melebihi 200mbps akan diberikan kepada penduduk. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pemasangan peranti melalui projek Proof of Concept (POC) merupakan jalan penyelesaian sementara bagi memberikan keperluan akses internet kepada penduduk di kawasan tersebut. Pembinaan menara…
Pusat Ekonomi Digital Akan Ditambah Lagi Di Sabah
14 lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bakal dibina di Sabah yang menjadikannya secara keseluruhan sebanyak 132 buah ketika ini. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memberitahu tentang penambahan tersebut akan dijalankan dalam masa terdekat supaya kemudahan tersebut dapat dirasai oleh penduduk negeri tersebut. Beliau turut meluangkan masa bersama masyarakat di sana dari Kampung Langsat ke…
