Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang ‘Shopee Instant Delivery’

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang ‘Shopee Instant Delivery’

Diterbitkan Disember 8, 2023 ยท Dikemas kini Disember 8, 2023 oleh Amal Addin

Shopee telah memperkenalkan perkhidmatan yang akan mempercepatkan proses penghantaran barang yang ditempah iaitu ‘Shopee Instant Delivery.’ Namun, perkhidmatan ini tertakluk dengan syarat yang ditetapkan mengikut kawasan, masa dan jarak.

Inisiatif ini dilakukan bertujuan untuk memudahkan pengguna Shopee yang ingin menggunakan barang yang dibeli secepat mungkin. Jadi, kami akan ceritakan serba sedikit tentang perkhidmatan penghantaran segera ini beserta dengan terma dan syarat.

Apa yang dimaksudkan dengan penghantaran segera Shopee?

Penghantaran segera Shopee ialah pilihan penghantaran yang membolehkan pengguna menerima bungkusan dalam masa 2 jam dari masa rider mengambil bungkusan daripada penjual yang terlibat.

Kawasan manakah yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?

Ia hanya terdapat di Lembah Klang sahaja.

Bilakah saya boleh mendapatkan pesanan saya dan berapakah tempoh masanya?

Anda akan menerima bungkusan anda dalam masa 2 jam selepas rider mengambil pesanan daripada penjual. Masa penghantaran bermula dari 9:00AM hingga 9:00PM setiap hari.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status Pesanan Segera?

Pergi ke: halaman “Saya” di sebelah kanan bawah halaman utama > untuk menerima > status penghantaran.

Screenshot 2023-12-08 105617

 

Bagaimanakah ingin tahu item tersebut boleh menggunakan perkhidmatan Penghantaran Segera atau tidak?

Cari item yang ingin dibeli dan tukar pilihan penghantaran kepada Penghantaran Segera atau lihat pada gambar produk sama ada terdapat label Penghantaran Segera atau tidak. Pastikan had jarak lokasi antara penjual dan pembeli tidak lebih 30KM.

Screenshot 2023-12-08 105550
Screenshot 2023-12-08 105604

Mengapa saya tidak dapat melihat pilihan Penghantaran Segera?

Terdapat dua sebab:

  1. Produk tidak menawarkan Penghantaran Segera.
  2. Alamat penghantaran pembeli tidak berada dalam poskod yang menyediakan perkhidmatan tersebut (luar Lembah Klang).

Untuk penerangan lebih teliti, anda boleh layari Shopee MY Help Centre.

Berkaitan

  • Shopee For Student Eksklusif Bagi Pelajar, Hanya 3 Langkah Untuk Daftar
  • Shopee Tawar Khidmat Pinjaman Wang, SLoan - Ketahui Perkara Ini Terlebih Dahulu
  • Ramai Tak Sedar, Ini Cara Sebenar Beli Barang Elektronik Dengan Diskaun Hingga 80% Di Shopee Electronic Zone
  • Tak Tahu Makan Apa Bila Di Sunway Pyramid? 'Makan Wheel' Penyelesaiannya
  • Acer Nitro V 15 Kini Tersedia Dengan Harga Bermula RM3099

Sumber: Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY