Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-08T121548.821

Honkai: Star Rail, Permainan Mudah Alih Terbaik 2023

Diterbitkan Disember 8, 2023 oleh Muhd Idham

Selepas dinobatkan sebagai permainan mudah alih terbaik di platform aplikasi Google Play Store dan Apple App Store, Honkai: Star Rail kini telah menerima anugerah permainan mudah alih terbaik tahun 2023 di acara The Game Awards 2023 pada 8 Disember 2023 (waktu tempatan).

best game mobile

Untuk pengetahuan anda, The Game Awards merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menghargai pencapaian yang dilakukan oleh pencipta-pencipta permainan video dari seluruh dunia.

Honkai: Star Rail

Hoyoverse yang dahulunya membangunkan permainan Honkai Impact dan Genshin Impact ini berjaya membawa minat pemain-pemain permainan RPG (role-playing game) ke angkasa lepas dengan jalan cerita sci-fi di mana manusia dan makhluk asing bersama menyelesaikan misteri laluan dewa yang diberi nama Aeons.

Sehubungan dengan itu, para pemain Honkai: Star Rail akan menerima kemas kini terbaru iaitu versi 1.5 dengan jalan cerita yang lebih menarik seiring dengan penampilan karakter 5 bintang terbaru, Huohuo.

Muat turun Honkai: Star Rail di platform PC melalui laman web rasmi Honkai: Star Rail serta Google Play Store dan App Store untuk permainan mudah alih.

Berkaitan

  • Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang 'Shopee Instant Delivery'
  • Lenovo Legion Go Kini Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,999
  • Cara Hantar Mesej Suara Di WhatsApp Sebagai 'View Once'

Sumber: The Game Awards

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY