WhatsApp sebelum ini dilaporkan menguji ciri perkongsian video di Status dengan tempoh sehingga 60 saat. Terbaharu, WhatsApp nampaknya kini sedang membangunkan satu lagi keupayaan di aplikasi pemesejan itu, iaitu ciri AI untuk suntingan gambar. {suggest} Ciri baharu ini akan tersedia di bahagian tool editor untuk suntingan foto, yang akan membolehkan pengguna menggunakan pelbagai kesan artistik…
Kadar Tukaran MYR Tidak Lagi Dipaparkan Secara Terus Di Google Search
Minggu lalu, tular mengenai kadar pertukaran USD-MYR yang memaparkan data tidak tepat sehingga mencecah RM4.98. Lanjutan kekeliruan yang berlaku akibat kesilapan itu, pihak Google Malaysia telah membuat permohonan maaf. Bagaimanapun, Google nampaknya telah melakukan perubahan, yang mana ia tidak lagi memaparkan kadar tukaran mata wang ringgit secara terus di Google Search. {suggest} Bermakna, sebarang tukaran…
Perkhidmatan ShopBack PayLater Kini Ditamatkan
ShopBack mengumumkan penamatan perkhidmatan ShopBack PayLater bermula 22 Mac 2024. {suggest} Ini bermakna, pelanggan tidak lagi boleh membuat pembayaran melalui ShopBack PayLater berkuat kuasa hari ini. Menurut ShopBack, perubahan ini melibatkan kedai dalam talian dan kedai fizikal yang menerima pembayaran PayLater. Walaupun perkhidmatan ini telah ditamatkan, pelanggan yang masih mempunyai ansuran tertunggak perlu melakukan pembayaran…
Sebahagian Pelanggan Unifi Terima SMS Tunggakan Bil, Unifi Nasihat Abaikan
Hari ini, rata-rata pelanggan Unifi menerima SMS dan juga emel yang mengatakan mereka mempunyai bil tertunggak. Bukan jumlah sedikit, ada sehingga RM1000 juga yang mencapai RM4000 dan juga RM6000. Menurut unifi menerusi akaun X, mereka mengatakan memang ada sebahagian pelanggan Unifi Mobile menerima SMS dan emel tersebut. Tambah lagi, ia merupakan janaan automatik berkaitan pembayaran…
ShopBack Buang 195 Pekerja, CEO Akui Kesilapan
ShopBack telah bertindak memberhentikan seramai 195 kakitangannya. Perkara ini diumumkan oleh CEO ShopBack, Henry Chan dalam satu rapat awam pada 19 Mac 2024 lalu. Pekerjanya yang terjejas dimaklumkan dalam tempoh sejam selepas rapat tersebut di mana jumlah itu mewakili 24 peratus daripada tenaga kerjanya. Pemberhentian pekerja itu pula dibuat supaya platform pulangan tunai itu agar…
Penggodam ‘Baik’ Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang
Penggodam beretika telah berjaya menemui eksploitasi dalam perisian Tesla serta dalam pelayar sesawang utama seperti Apple Safari, Google Chrome, dan Microsoft Edge. Hasilnya, mereka berjaya memperoleh beribu-ribu dolar untuk setiap satu kejayaan itu menerusi hackathon “Pwn2Own” yang sedang berlangsung. Sebagai contoh, grup keselamatan siber Synacktiv dapat mengeksploitasi unit kawalan elektronik (ECU) Tesla dengan serangan limpahan…
