Apple Intelligence akan tiba lewat daripada jangkaan, memberikan Apple lebih masa untuk membetulkan pepijat, lapor Mark Gurman dari Bloomberg. Menurut individu yang mempunyai pengetahuan tentang rancangan Apple, syarikat itu kini merancang untuk mula melancarkan Apple Intelligence dalam kemas kini perisian menjelang Oktober. Bermakna, ciri AI itu hanya akan tiba beberapa minggu selepas keluaran awal iOS…
MCMC Rampas 138 Unit Walkie-Talkie Bernilai Lebih RM20,000
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merampas 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dalam operasi yang dijalankan ke atas tiga premis di Kuala Lumpur, yang didapati menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui itu. Menurut MCMC, penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard…
Ramai Pengguna Android Beralih Ke iOS, Tapi Bukan Sebab iPhone 15
Laporan baharu mendedahkan peratusan tinggi yang mengejutkan tentang peningkatan pengguna iPhone baharu yang berpunca daripada pengguna Android. Menurut data terbaru daripada CIRP (Consumer Intelligence Research Partners), pada Jun 2024, 17% pembeli iPhone di AS datang daripada Android. Seperti yang dinyatakan dalam laporan itu, itu adalah “tahap tertinggi peralihan pengguna Android kepada iOS dalam kalangan pembeli…
Aplikasi Kamera Blackmagic Kini Sokong Lebih Banyak Telefon Android
Blackmagic Design telah pun melancarkan aplikasi kamera profesional mereka untuk telefon pintar Android selepas memperkenalkannya terlebih dulu di iPhone. Walaubagaimanapun, aplikasi Blackmagic Camera itu hanya disokong oleh telefon pintar Samsung Galaxy dan Google Pixel terpilih sahaja ketika mula dilancarkan termasuklah Galaxy S23, S23 Plus, S23 Ultra, Galaxy S24, S24 Plus, S24 Ultra dan Google Pixel 7, 7a,…
Google Dan Microsoft Guna Lebih Banyak Elektrik Berbanding 100 Negara Lain
Pada 2023, Google dan Microsoft masing-masing didapati menggunakan lebih elektrik berbanding 100 negara lain termasuk lah negara seperti Iceland, Ghana dan Tunisia. Ia berdasarkan analisis oleh Michael Thomas dari data Pentadbiran Maklumat Tenaga A.S (EIA). Analisis terperinci mendedahkan bahawa penggunaan elektrik Google dan Microsoft adalah sebanyak 24 Terawatt jam (TWj) pada 2023 — menyamai penggunaan…
Pesawat Eksperimental Airbus Ini Janjikan Kelajuan Melebihi 400Km/j
Airbus telah mendedahkan rekaan kenderaan udara baharunya yang menggabungkan teknologi helikopter dan kapal terbang. Kenderaan udara ekperimental yang dikenali sebagai Racer ini merupakan pesawat hibrid untuk memendekkan tempoh penerbangan untuk operasi kecemasan seperti misi mencari dan menyelamat. Airbus menyatakan, “Racer ialah helikopter berkelajuan tinggi yang bertujuan untuk memanfaatkan peningkatan kelajuan untuk memberikan nilai tambah yang…
