Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple vs Google

Orang Ramai Lebih Percayakan Privasi Google Berbanding Apple

Diterbitkan Disember 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun ini, banyak jenama gergasi dunia sudah mula mempertingkatkan dan menekankan privasi pengguna. Apple merupakan salah satunya yang mementingkan privasi lebih-lebih lagi sejak mereka memperkenalkan Apple Tracking Transparency (ATT).

Namun begitu, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan The Washington Post, mereka mendapati kebanyakan rakyat Amerika Syarikat jauh lebih percayakan Google dan Amazon berbanding Apple berkaitan data peribadi serta privasi.

Sebanyak 53% orang yang mempercayai Amazon, 48% Google dan 44% pula Apple. Perkara ini agak mengejutkan kerana jika diikutkan, Google lebih banyak mengambil data pengguna.

Orang Ramai Lebih Percayakan Privasi Google Berbanding Apple

Adakah kaji selidik tersebut tidak berapa tepat disebabkan ramai yang tidak suka terhadap Apple?

Bahkan, Apple sendiri memperlihatkan bagaimana sesebuah aplikasi menjejak pengguna dan disebabkan polisi baharu mereka itu, pendapatan beberapa syarikat gergasi dunia terjejas.

Secara keseluruhan, TikTok, Instagram dan Facebook merupakan yang paling tidak percayai pengguna. Yang ini boleh dikatakan logik memandangkan Facebook sering dilanda kontroversi terhadap privasi dan data pengguna.

Sebagai pengguna di Malaysia, anda berpihak kepada siapa? Adakah anda percayakan Google atau Apple berkaitan privasi.

Sumber: The Washington Post

Foto utama: UX Collective

Baca juga:

  • Perlu Tunggu Lebih Lama Untuk Cip Apple Baharu, Tiada Lagi 1 Cip Untuk 1 Tahun

  • Bukan Telefon Boleh Lipat Tapi iPhone 15 Mungkin Ada Kamera Berlipat

  • Amazon Akan Labur $5 Bilion Di Indonesia Dalam Tempoh 15 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY